awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Senorang destinasi pelancongan baharu Bera

Azee Shafy
Azee Shafy
20/03/2022
09:54 MYT
Bukit Senorang destinasi pelancongan baharu Bera
Norolazali Sulaiman (depan, dua dari kiri) dan Zaman Azam Mohamat Sarif bersama peserta dari pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bera bergambar di titik persempadanan antara Pahang dan Negeri Sembilan. - Astro AWANI
BERA: Siapa sangka, Bukit Senorang yang dulu hanya dikenali sebagai kawasan kebun penduduk tempatan kini menjadi salah satu produk pelancongan di daerah itu.
Lokasi yang santai dan menarik untuk aktiviti riadah keluarga pada hujung minggu ini telah diwartakan sebagai pusat rekreasi dalam negeri Pahang.
Untuk tiba di puncak Bukit Senorang, seseorang hanya memerlukan masa antara 45 minit ke satu jam bergantung kepada keupayaan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, Program Hiking Day 2022 anjuran Jawatankuasa Pelancongan Pahang merupakan salah satu inisiatif bagi memeriahkan agenda pelancongan di negeri itu.
View this post on Instagram
A post shared by Senny Chong (@senny10025)
"Sejujurnya, ini kali pertama saya mendaki dan barulah saya tahu bagaimana nikmatnya mendaki apabila saat kita sampai di puncak. Ia satu kepuasan yang sukar digambarkan.
"Patutnya ramai yang gila mendaki. Mereka berupaya menikmati suasana ini. Tetapi, sekarang, aktiviti ini adalah satu trend. Kalau dulu susah nak buat, tapi sekarang lebih ramai menjadikan aktiviti lasak ini sebagai riadah keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Hiking Day 2022, pagi hari ini yang turut dihadir oleh Pegawai Daerah, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif.
Pada program itu, seramai 150 orang peserta dari pelbagai usia berjaya menamatkan pendakian antara 30 hingga 60 minit untuk sampai ke puncak.
Program yang sama juga dijalankan secara serentak di 13 lokasi berbeza dalam negeri Pahang.
Norolazali berkata, produk Bukit Senorang ini mampu menjadi pemangkin dalam peningkatan ekonomi kepada masyarakat Bera khususnya masyarakat tempatan.
View this post on Instagram
A post shared by Mas Nani Misdi (@romeow74)
"Banyak faedah yang boleh dinikmati melalui produk pelancongan ini. Selain aktiviti pendakian ini dilihat sebagai aktiviti fizikal lasak, ia juga membantu memperkayakan pengetahuan pengunjung sekiranya setiap pokok-pokok dilabelkan nama.
"Malah, jika bernasib baik, mereka yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan awan karpet. Difahamkan kalau hujan hari sebelumnya, pagi esok boleh tengok awan karpet. Itulah keunikan Bukit Senorang," katanya.
Beliau percaya, penggalakan aktiviti ini boleh boleh dijadikan aktiviti hujung minggu keluarga mampu menyemarakkan gagasan Perdana Menteri untuk memupuk nilai-nilai kekeluargaan.
Topic Berkaitan
#bukit senorang
#produk pelancongan
#Bera
#rekreasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan