Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

Bernama
Februari 5, 2021 21:35 MYT
Ahmad menunjukkan kepada media laporan polis yang dibuat terhadap Tommy Thomas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, 5 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semalam membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan bukunya, yang didakwa beliau memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara.
Beliau mendakwa penulisan berhubung Peristiwa 13 Mei 1969 dan Tun Abdul Razak yang terkandung dalam buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness" itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.
"Saya membuat laporan ini untuk pihak polis memulakan siasatan ke atasnya khususnya di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini semalam.
BACA: Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara
BACA: Najib tuntut permohonan maaf, pampasan RM10 juta daripada Tommy Thomas
BACA: Tun M menyesal lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
-- BERNAMA
#Polis Dang Wangi #laporan polis #IPD Dang Wangi #Tommy Thomas #Buku #Bekas Peguam Negara #Justice in the Wilderness #memesong sejarah negara #Ahmad Maslan #13 Mei #hasutan #berniat jahat #menimbulkan kebencian #siasatan #akta hasutan #Jabatan Peguam Negara