KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) didakwa berada dalam tekanan apabila Kabinet memutuskan untuk mendedahkan hasil siasatan buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.
Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, ini kerana pemimpin PH sedar mereka sememangnya terpalit dengan isu tersebut, dan berisiko untuk diheret ke muka pengadilan jika gabungan tersebut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Dengan pendedahan yang dibuat ini sudah semestinya akan membuatkan pimpinan PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng serta ramai lagi akan diheret ke mahkamah jika mereka tewas pada PRU kali ini.
"Perkara ini akan berlaku apabila Tommy Thomas mendedahkan segalanya kerana tidak mungkin semua perkara boleh dilindungi dalam siasatan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, pemimpin PH akan menggunakan peluang berkempen pada PRU kali ini untuk menghasut rakyat demi untuk memastikan mereka tidak dikaitkan dengan hasil siasatan buku tersebut.
"Apa yang PH lakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku? Mereka akan terus-menerus menghasut rakyat, menakutkan rakyat dengan fitnah, janji bulan dan bintang, kerana dengan cara ini sahaja mereka akan mendapat keyakinan rakyat untuk mengundi mereka sekali lagi," tambah beliau.
Dalam masa yang sama, Shahrul Nasrun berkata rakyat jangan sesekali lupa dengan tindakan PH ketika berkuasa selama 22 bulan, kerana didakwa menggugurkan banyak kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan mereka.
Berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata tiada satu pun kes terutamanya yang melibatkan kepimpinan BN dibebaskan.
Khamis lalu, kerajaan bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku yang ditulis Tommy Thomas kepada umum.
Astro Awani
Sat Oct 15 2022
Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, ini kerana pemimpin PH sedar mereka sememangnya terpalit dengan isu tersebut, dan berisiko untuk diheret ke muka pengadilan jika gabungan tersebut kalah pada PRU15. - Foto/Exco Pemuda
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.