awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli OKU, dua lelaki ditahan Polis Kuching

Azizah Alwi
Azizah Alwi
11/05/2022
07:30 MYT
Buli OKU, dua lelaki ditahan Polis Kuching
Ahsmon (tengah) memaklumkan, kedua-dua suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan. - Astro AWANI
KUCHING: Polis Kuching menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian buli membabitkan seorang orang kelainan upaya (OKU) lembam pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata penahanan kedua-dua suspek berusia 20-an dilakukan setelah pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut yang tular di media sosial.
Jelas Ahsmon, mereka ditahan dalam tempoh enam jam dengan bantuan anggota dari Balai Polis Santubong selepas laporan diterima pada semalam.
"Pertama kita tahan individu yang membuli dan rakan yang merakam aksi itu. Mereka ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media pada Rabu.
Tambah Ahsmon, saringan ujian air kencing ke atas suspek dan rakan yang merakam video itu adalah negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Pada Selasa, satu video berdurasi sekitar 50 saat tular dan memaparkan tindakan yang tidak berperikemanusiaan suspek menyerang “insan istimewa” terbabit sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Lelaki itu telah membakar dan bertindak menghala mercun ke arah mangsa yang sedang berehat di belakang bangunan.
Malah suspek juga cuba untuk menakut-nakutkan mangsa dan bertindak mengacah untuk memukul mangsa dengan objek tumpul.
Manakala, mangsa yang dikenali sebagai “Lan Aduk” 42 tahun telah mendapat rawatan awal dan berada dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#Polis Kuching
#Kes buli OKU
#Kuching
#Tangkapan kes buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan