awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34
Rekod 42.2 juta pelawat pada 2025, Malaysia perkukuh kerjasama bagi TMM2026
Orang buruan warga Malaysia ditahan di lapangan terbang India, tunggu penyerahan kepada PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar alami kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru - Jafry

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2025
16:45 MYT
Bung Moktar alami kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru - Jafry
Jafry (kiri) mengesahkan Bung Moktar kini berada dalam keadaan kesihatan yang serius selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru. - Gambar Sinar Harian
KOTA KINABALU: Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin mengesahkan bahawa Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini berada dalam keadaan kesihatan yang serius selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Ringkasan AI
  • Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengalami kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru teruk, memerlukan doa orang ramai untuk kesembuhan beliau.
  • Bung Moktar kini dirawat di hospital swasta di Kota Kinabalu dalam keadaan kritikal, walaupun Setiausaha UMNO Sabah menyatakan beliau hanya memerlukan rawatan dan rehat.
  • Pimpinan tertinggi Sabah, termasuk Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Ketua UMNO Sabah, menghulurkan doa untuk kesembuhan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag.

Ketika dihubungi Sinar Harian, beliau menyampaikan permohonan agar orang ramai mendoakan kesembuhan pemimpin berkenaan.
"Kedua-dua buah pinggang mengalami kegagalan dan paru-paru dijangkiti dengan teruk.
"Mohon doakan agar segala urusan dipermudahkan," katanya ringkas.
Terdahulu, Sinar Harian turut melaporkan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, dan dilaporkan dalam keadaan kritikal oleh sebuah portal berita tempatan.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir ketika dihubungi Sinar Harian, memaklumkan bahawa Bung Moktar hanya memerlukan rawatan dan rehat ketika ini.
"Perlu rawatan dan rehat saja, okey," jawabnya ringkas.
Beberapa pimpinan tertinggi Sabah turut menitipkan doa untuk kesembuhan Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag.
Antaranya termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; serta beberapa pemimpin lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#ADUN
#Bung Moktar Radin
#kritikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan