awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34

Bernama
Bernama
26/01/2026
15:46 MYT
Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34
Daripada jumlah mayat yang ditemukan setakat ini, 17 telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala pasukan forensik sedang meneruskan prosedur pengecaman bagi baki mangsa yang lain. - Foto REUTERS
JAKARTA: Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Cisarua, Bandung Barat, Jawa Barat, meningkat kepada 34 orang pada Isnin, ketika pasukan penyelamat Indonesia mempergiat usaha mencari puluhan lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah lumpur tebal dan runtuhan, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Mangsa tanah runtuh di Cisarua, Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 34 orang, dengan 9 mayat ditemui pada Isnin, manakala 46 orang masih tertimbus di lokasi kejadian.
  • Pasukan forensik sedang mengenal pasti mangsa yang ditemui, sementara operasi mencari dan menyelamat akan dinilai selepas tujuh hari kejadian, dengan tempoh tindak balas kecemasan selama 14 hari.
  • Kejadian tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat selama dua malam berturut-turut yang membanjiri kawasan pergunungan Cisarua, meranapkan kawasan kediaman, ladang, dan hutan; Indonesia kerap dilanda bencana semasa musim hujan dari Oktober hingga Mac.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Bandung, Ade Dian Permana, dalam satu sidang media berkata sembilan mayat telah ditemukan setakat pukul 5 petang waktu tempatan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui sejak bencana itu berlaku kepada 34 orang.
Berdasarkan data daripada pentadbiran kampung tempatan, beliau berkata dianggarkan seramai 46 orang lagi masih tertimbus di lokasi kejadian.
Daripada jumlah mayat yang ditemukan setakat ini, 17 telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala pasukan forensik sedang meneruskan prosedur pengecaman bagi baki mangsa yang lain.
Kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada hujan lebat selama dua malam berturut-turut yang menyebabkan cerun curam di kawasan pergunungan Cisarua menjadi tepu dengan air. Runtuhan tanah, batu dan pokok yang tumbang itu meranapkan kawasan kediaman, ladang serta kawasan hutan.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat akan dinilai selepas tujuh hari, manakala tempoh tindak balas kecemasan selama 14 hari kekal dikuatkuasakan.
Indonesia kerap dilanda banjir dan tanah runtuh semasa musim hujan, yang biasanya bermula dari Oktober hingga Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#jawa barat
#angka korban
#bandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan