awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
29/09/2020
03:14 MYT
Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Bung Moktar (kiri), Jeffrey Kitingan (tengah) dan Joachim Gunsalam mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, Kota Kinabalu pada Selasa. -Astro AWANI
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri sekitar jam 10.40 pagi pada Selasa.
Beliau juga akan memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Terdahulu, Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah pada jam 10.35 pagi.
Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah tersebut ialah pegawai tinggi kerajaan negeri.
Dua lagi Timbalan Ketua Menteri yang dilantik ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam.
Dr Jeffrey dan Dr Joachim juga masing-masing akan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan serta portfolio Menteri Perdagangan Perindustrian.
Turut mengangkat sumpah sebagai ahli jemaah menteri Sabah ialah Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Berikut ialah senarai portfolio Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah:
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Bung Moktar Radin
Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perdagangan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam
Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Masidi Manjun
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim
Topic Berkaitan
#jemaah menteri
#Kabinet Sabah
#Bung Moktar Radin
#Timbalan Ketua Menteri
#Menteri Kerjaa Raya
#Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan