awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok

Bernama
Bernama
09/02/2026
14:45 MYT
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Mohd Isa telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024. Keputusan itu mendorong pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, akan mengetahui esok sama ada beliau akan terus menikmati kebebasan atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta.

Ringkasan AI
  • Mohd Isa Samad menanti keputusan esok berhubung sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta; Mahkamah Persekutuan akan umumkan keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda itu.
  • Pihak pendakwaan berhasrat mengembalikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan ke atas Mohd Isa oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021; tambahan hukuman 18 tahun penjara jika denda tidak dibayar.
  • Mohd Isa dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024, tetapi pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan yang akan mengumumkan keputusan esok.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Nordin Hassan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali akan mengumumkan keputusan terhadap rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Pihak pendakwaan berhasrat mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah melibatkan RM3.09 juta serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta, dengan tambahan 18 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.
Mohd Isa telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024. Keputusan itu mendorong pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Panel hakim mendengar rayuan itu pada Khamis lalu dan menetapkan esok untuk keputusan.
Mohd Isa didakwa menerima RM3.09 juta dalam bentuk suapan melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu dan peguam Mohd Isa, M. Athimulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#Felda
#Rasuah
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan