Dua suspek yang menembak mati seorang pensyarah warga Palestin di Setapak,Kuala Lumpur awal pagi tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi perisikan sebuah negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Interpol (Polis Antarabangsa) dan Aseanapol (Polis ASEAN) bagi menjejaki dua lelaki itu, yang dipercayai warga Eropah, dengan kadar segera.
"Polis akan melakukan siasatan dari semua sudut biar pun mangsa dan suspek merupakan warga asing. Kita berasa kita turut bertanggungjawab (menyiasat dan menangkap suspek) sehingga tertangkap.
"Kita akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan GiatMara yang baharu di Hutan Melintang di sini, hari ini.
BACA: Suspek benar-benar ada motif untuk bunuh imam Palestin
Ahmad Zahid diminta mengulas kejadian kes penembakan mangsa yang berusia 35 tahun itu yang ditembak ketika dalam perjalanan ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh kira-kira 6 pagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek melepaskan lebih 10 das tembakan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan di kepala dan badan mangsa, yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Mazlan berkata mangsa bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta di ibu negara dan merupakan imam kedua di masjid berhampiran tempat tinggalnya
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya berlepas ke Turki tengah hari tadi bagi menghadiri sebuah persidangan antarabangsa.
Beliau berkata mangsa, yang merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pembuatan roket, dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah perisikan dari negara luar dan aktif dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang memperjuangkan isu Palestin.
"Beliau (mangsa) yang merupakan pemastautin tetap di negara ini dipercayai menjadi liabiliti sebuah negara yang bermusuhan dengan Palestin," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 21 2018
Anggota Forensik memeriksa tempat kejadian seorang pensyarah warga Palestin maut ditembak di tempat pejalan kaki sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak pagi tadi. - BERNAMA
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Beberapa petunjuk baharu pembunuhan Dr Fadi dikenal pasti
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM telah mengenal pasti jenis senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek untuk membunuh mangsa.
Jenazah Dr Fadi selamat tiba di Gaza
Jenazah Dr Fadi Al Batsh selamat tiba di Gaza, Palestin, pada jam 10.40 malam waktu Malaysia.
Jenazah Dr Fadi selamat tiba di Kaherah
Jenazah Imam Palestin, Dr Fadi Mohammed al Batsh selamat tiba di Kaherah, Mesir.
Pas kecam pembunuhan imam warga Palestin Dr Fadi - Hadi Awang
Pas mengecam pembunuhan imam Palestin, Dr Fadi Albatsh yang ditembak ketika dalam perjalanan ke surau berhampiran kediamannya, hari ini.