PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana memukul isterinya bertubi-tubi sehingga meninggal dunia, terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara selama 25 tahun.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi yang dikemukakan oleh Jamaluddin Ali, 47.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memaklumkan bahawa pihaknya bersetuju mengurangkan pertuduhan daripada kesalahan membunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan kepada menyebabkan kematian tanpa niat mengikut Sesyen 304(a) kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda.
Pada 20 Jan 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati ke atas Jamaluddin selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan membunuh Nurhidayah A Ghani, 29, di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5 1/2 Jalan Puchong di sini pada 9 malam antara 15 hingga 17 Mei 2013 dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 26 Mei 2020.
Terdahulu, Rohana yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abdul Rahman Sebli berkata setelah mengambil kira hujahan dan fakta kes, panel itu memutuskan bahawa hukuman penjara 25 tahun adalah setimpal serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Mei 2013.
Mohd Zawawi pula berkata perkahwinan adalah satu ikatan yang suci, setia dan penuh dengan kasih sayang tetapi apabila pasangan mengkhianati maka timbul perasaan marah.
"Tetapi setiap perselisihan ada penyelesaian iaitu dengan mendekati saluran yang betul seperti mahkamah," katanya.
Sebelum itu, peguam Athari Bahardin berhujah anak guamnya bertindak sedemikian kerana mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan kerap meluangkan masa untuk berparti.
"Ketika perbicaraan kes ini, mahkamah diberitahu bahawa perayu telah membawa mangsa ke hospital setelah melihat wanita itu berada dalam keadaan tenat. Menurut keterangan saksi, perayu juga menangis apabila mengetahui isterinya telah meninggal dunia.
"Perayu mempunyai empat orang anak berusia antara 10 dan 18 tahun yang kini berada di bawah jagaan ibu perayu," kata peguam itu sambil menambah ini adalah kesalahan pertama anak guamnya.
Mohd Fairuz pula memohon hukuman penjara 25 tahun dikenakan terhadap perayu kerana kejadian itu menyebabkan satu nyawa melayang.
"Sejak berlaku konflik rumah tangga, mangsa telah memfailkan fasakh di Mahkamah Syariah dan beberapa laporan polis dibuat oleh mangsa berkaitan penderaan yang dilakukan oleh perayu. Kes keganasan rumah tangga bukan perkara asing di negara ini dan satu mesej perlu disampaikan kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi yang dikemukakan oleh Jamaluddin Ali. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak Satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.
Pengurusan kes bekas tentera bunuh isteri ditetapkan 1 Mac
Mahkamah Majistret Kangar menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes bekas tentera yang didakwa membunuh isterinya, ke Mahkamah Tinggi.
Bekas tentera didakwa bunuh isteri berhadapan hukuman gantung
Tertuduh didapati membunuh Munirah Abu Bakar di sebuah rumah di Arau pada 30 September lalu.
Lelaki mandikan jenazah, cuci dan jemur baju selepas bunuh isteri
Selepas membersihkan pakaian dan memandikan jenazah, mayat wanita malang itu dibaringkan di atas katil tanpa pakaian dan ditutupi sehelai kain.
'Bouncer' didakwa bakar, bunuh isteri
Seorang pengawal kelab hiburan atau 'bouncer' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh isterinya.
Sebutan semula kes anggota polis bunuh isteri pada 12 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes anggota polis berpangkat lans koperal yang dituduh membunuh isterinya pada 5 Mac lepas.
Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.
Sebutan semula kes bunuh isteri, bayi ditangguh 19 September
Mahkamah menetapkan 19 September depan untuk sebutan semula kes dihadapi seorang suami yang didakwa membunuh isteri dan bayi lelakinya, bulan lalu.
Pencuci kapal didakwa bunuh isteri dan bayi dua bulan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru 4 Julai lalu.
Tipu polis bunuh isteri, lelaki diburu
Polis memburu seorang lelaki yang bertindak membuat panggilan palsu kononnya telah membunuh isterinya di sebuah rumah di Ayer Keroh kelmarin.