awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh isteri: Hukuman mati nelayan diganti kepada penjara 33 tahun

Bernama
Bernama
27/03/2024
11:05 MYT
Bunuh isteri: Hukuman mati nelayan diganti kepada penjara 33 tahun
Bapa kepada dua anak dan lima cucu itu, telah dipenjara selama 22 tahun dan enam bulan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang nelayan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh isterinya, 23 tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais, mengetepikan hukuman gantung yang diputuskan terhadap Abdul Razak Dalek, 71, selepas membenarkan permohonan semakannya di bawah Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur Hidup (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan), Akta 2023 yang berkuat kuasa tahun lepas.
Abd Razak, 71, diperintahkan menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap pada 3 Sept 2001.
Bapa kepada dua anak dan lima cucu itu, telah dipenjara selama 22 tahun dan enam bulan.
Abd Razak, melalui peguamnya Datuk Baljit Singh Sidhu telah merayu kepada mahkamah, untuk memberikan beliau peluang kedua dan meringankan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya kepada hukuman penjara bagi membolehkan lelaki itu menghabiskan masa bersama anak-anaknya.
Baljit berkata kejadian tersebut berlaku selepas isteri Abdul Razak meninggalkannya.
Abd Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada 2006 kerana membunuh Rozita Haron, 39, yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital. Dia melakukan kesalahan itu di rumah abangnya di Parit Pecah, Parit Jawa, Muar pada 3 Sept 2001.
Pada 2009, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum kalah dalam rayuannya selepas ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2010.
Baljit Singh memberitahu media bahawa Abd Razak dijangka dibebaskan hari ini, kerana pengurangan satu pertiga daripada jumlah hukuman.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad telah meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati dengan menyatakan bahawa Abd Razak telah menikam isterinya dengan pisau dan ia merupakan satu kejadian yang tragis.
Beliau berkata jika mahkamah memutuskan untuk meringankan hukuman mati kepada hukuman penjara, maka hukuman penjara antara 35 tahun hingga 40 tahun perlu dikenakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#kes bunuh isteri
#semakan hukuman mati
#tukar hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan