awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
06:22 MYT
Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun. - Gambar/ Sinar Harian
SABAK BERNAM: Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.
Peguamnya, Muhammad Nor Tamrin berkata, permohonan itu mengambil kira faktor 'natural case' (sifat kes) yang didakwa dilakukan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20.
Beliau memberitahu, perkara itu dirujuk mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
"Berdasarkan hasil temu bual dengan tertuduh, kami turut mempunyai keterangan terbaharu berkaitan keadaan mentalnya," katanya semasa prosiding kes itu di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada Khamis.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri tidak membantah permohonan itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.
Majistret Siti Hajar Ali kemudian menetapkan 26 September depan bagi sebutan semula kes berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira jam 8.30 malam 22 Mei sehingga jam 8 pagi 23 Mei lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak kejam dengan membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.
Mangsa dibunuh kerana teman lelakinya mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi, 23 Mei lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh kekasih
#kekasih hamil
#bunuh dan bakar
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan