PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengekalkan sabitan dan hukuman mati seorang bekas pemandu trak tunda bagi kesalahan membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada 2013.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan bagi kesalahan cuba membunuh isteri Najadi iaitu Cheong Mei Kuen.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Swee Kwan berkata, jalan terakhir anak guamnya untuk mendapatkan kebebasan ialah dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.
Swee Kwan, 52, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, telah dijatuhi hukuman mati pada 27 Oktober 2017 kerana membunuh Najadi, 75, selepas kes itu dibicarakan semula.
Dia turut dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membunuh Cheong.
Lelaki itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di kawasan parkir Kuil Kuan Yin di Lorong Ceylon antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.
Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Azman Husin telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Swee Kwan kerana membunuh Najadi dan penjara 18 tahun bagi kesalahan cuba membunuh Cheong.
Bagaimanapun, pada 14 Disember 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan terhadapnya dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi selepas memutuskan Mohd Azman mungkin berprasangka memandangkan beliau telah mendengar rayuan seorang pemandu teksi, Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki pistol dan peluru.
Siang Chee dikatakan adalah individu yang memandu kenderaan membawa Swee Kuan dari lokasi selepas insiden tembakan itu.
Dia telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki pistol serta peluru hidup. Bagaimanapun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2015.
Perbicaraan semula kes telah didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ab Karim Ab Rahman (kini Hakim Mahkamah Tinggi).
Terdahulu, Hisyam berhujah bahawa pembelaan anak guamnya tidak dinilai secara adil oleh hakim yang mendengar perbicaraan kes itu seperti dikehendaki undang-undang.
Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi pula berhujah bahawa sabitan terhadap Swee Kuan adalah selamat kerana terdapat bukti yang kukuh serta meyakinkan untuk menyokongnya.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah mematuhi Seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah ketika memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.
- Bernama
Bernama
Mon Mar 01 2021

Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899544/15146776071618275677028_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Ramadan: Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga 6 pagi - Audio tular: Anwar sindir Azmin sememangnya pandai bab video, audio #AWANInews #BukaLembaranBaharu

Aliran trafik masuk sempadan Kelantan terkawal pada awal Ramadan
Aliran trafik memasuki sempadan Kelantan terkawal walaupun berlaku sedikit peningkatan kenderaan menjelang satu Ramadan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

Bunuh pengasas AmBank: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.

Perbicaraan semula kes bunuh pengasas Ambank bermula 16 Mac
Perbicaraan semula kes seorang bekas pemandu trak tunda yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi akan bermula pada 16 Mac.

Kes tembak mati pengasas AmBank: Kronologi kejadian dan laporan saksi
Ikuti kronologi kes tembak mati pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi dan butiran yang diberikan oleh dua saksi kejadian.