awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh: Remaja tikam jantung abang selepas bertengkar ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/08/2023
11:04 MYT
Bunuh: Remaja tikam jantung abang selepas bertengkar ditahan
Polis percaya berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan suspek sebelum kejadian itu. - Gambar/ PDRM
KULIM: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai membunuh abangnya dengan menikam pada bahagian jantung selepas bertengkar di rumah mereka di Taman Mahkota, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian itu bagaimanapun cuba dirahsiakan oleh abang sulung dua beradik itu dengan membuat laporan palsu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, polis menerima laporan palsu itu yang dipercayai dibuat bagi melindungi suspek, pada jam 12.30 tengah hari Isnin.
"Dalam laporan itu, lelaki berusia 26 tahun itu memaklumkan adik keduanya (mangsa) dipercayai mati selepas terjatuh di rumah mereka pada jam 10.10 pagi hari Isnin.
"Lelaki itu kemudian membawa adik keduanya itu ke Hospital Kulim dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.
“Bagaimanapun polis meragui laporan itu dan siasatan kemudian mendapati abang sulung mangsa telah membuat laporan palsu untuk menyembunyikan kejadian sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Redzuan berkata, pihaknya percaya berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan suspek sebelum kejadian itu.
"Susulan itu, polis menahan abang sulung dan adik bongsu mangsa untuk siasatan lanjut.
"Semakan rekod mendapati, abang mangsa mempunyai satu rekod jenayah dan dadah sementara adik bongsu turut mempunyai dua rekod jenayah lampau," ujarnya lagi.
Mohd Redzuan berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.
Mohd Redzuan berkata, hasil bedah siasat mendapati, mangsa mati akibat tikaman di jantung.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#tikam jantung
#Kulim
#adik bunuh abang
#laporan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan