PUTRAJAYA: Bekas pengurus syarikat binaan dan perkhidmatan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati itu kepada penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya warga Indonesia dengan 28 tikaman, enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusan sebulat suara mengekalkan sabitan terhadap Sobri Abdul Wahab, 46, bagi kesalahan itu dan memutuskan rayuan perayu tidak mempunyai merit.
"Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mensabitkan kesalahan terhadap perayu (Sobri). Mahkamah juga mendapati ketidakwarasan perayu ketika kejadian tidak dapat dibuktikan dan oleh itu, sabitan adalah selamat dan dikekalkan," kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.
Bagaimanapun, Hakim Hadhariah mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Dis 2021 dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan serta memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 10 Mac 2018.
Berikutan pindaan ke atas Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun ke atas pesalah jika tidak dijatuhkan hukuman mati. Pesalah lelaki juga hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
Sobri didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2021 kerana membunuh pembantu kantin sekolah Gusnima, 38, di sebuah pangsapuri di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini antara 6 petang hingga 8 malam, 10 Mac 2018, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Terdahulu, peguam K.A Ramu yang mewakili Sobri berkata anak guamnya itu tidak waras dan tidak mengambil ubat ketika kejadian namun Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee membantah bahawa lelaki itu tidak waras apabila bertindak membunuh kekasihnya itu.
"Ketika kejadian perayu berkelakuan biasa dan waras," kata Ng.
Dalam prosiding itu, perayu turut diwakili peguam Khairul Naim Rafidi dan Farida Mohammad.
Media sebelum ini melaporkan Gusnima yang berasal dari Medan, Indonesia dan bekerja sebagai pembantu kantin sekolah, ditemukan maut dengan 28 kesan tikaman di dapur rumah sewanya di Bukit Jelutong di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati terhadap tertuduh oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan. - Gambar hiasan
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPM di Kelantan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Persidangan Tahunan ke-60 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Bharu, sambil menzahirkan harapan agar ahli persatuan celik digital, bijak memanfaatkan teknologi dan kekal beretika dalam dunia serba moden.

Lima termasuk pelajar maut dalam serangan bom bunuh diri sasar bas sekolah di Pakistan
Serangan turut mencederakan lebih 30 orang, termasuk pelajar sekolah yang berada dalam bas ketika kejadian berlaku.
AWANI Borneo [21/5/2025] – Petronas-PETROS| AirBorneo| Takziah
AWANI Borneo Rabu, 21 Mei 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
2. Sarawak muktamad pengambilalihan MasWings menjelang 31 Disember.
3. Jenazah tun Ahmadshah selamat dikebumikan.
1. Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
2. Sarawak muktamad pengambilalihan MasWings menjelang 31 Disember.
3. Jenazah tun Ahmadshah selamat dikebumikan.

Pope Leo XIV desak Israel benarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Gesaan ini dibuat selepas Israel mengumumkan pembukaan semula laluan bantuan selepas 11 minggu sekatan, namun PBB melaporkan tiada bantuan telah diedarkan setakat ini.
Tun Ahmadshah laksana tanggungjawab dengan baik, berdedikasi
Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia semalam telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta dedikasi.
RM464.5 juta jayakan SKAS menerusi S Pay
Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM464.5 juta bagi menjayakan Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Jepun sedia bersama ASEAN hulur bantuan kemanusiaan kepada Myanmar
Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata berkata Jepun berhasrat untuk membantu dan terlibat dalam usaha pemulihan semula Myanmar.

Kerajaan komited perkukuh agenda ekonomi Bumiputera - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus menyokong serta memperkukuh dasar dan inisiatif berteraskan aspirasi ekonomi Bumiputera agar manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.

Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan
Tajani menegaskan keperluan gencatan senjata dan pembebasan tebusan, serta memaklumkan bahawa 52 rakyat Palestin telah dipindahkan ke Jordan dan akan dibawa ke Itali untuk rawatan.

Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan akhir kes pembunuhan Kevin Morais
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan enam individu yang disabitkan atas pembunuhan Datuk Kevin Morais, termasuk Dr R Kunasegaran.

Ibu tarik diri, Shuhada perlu bawa anak pulang
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini membenarkan pelakon Hafidz Roshdi mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti persekolahan selama dua minggu bermula 29 Mei depan.

Syed Saddiq mohon doa, yakin kebenaran akan terbukti
Syed Saddiq memohon doa daripada semua agar kebenaran akan berpihak kepadanya, susulan keputusan rayuan kes salah guna dana yang dijangka diumumkan pada 25 Jun depan.

Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan memberitahu mahkamah terdapat elemen pengabaian yang timbul semasa siasatannya terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.

Keputusan kes pengabaian Zayn Rayyan diketahui 21 Julai
Mahkamah Sesyen menetapkan 21 Julai bagi keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan dan Ismanira, perlu membela diri atau dibebaskan.

Keputusan rayuan Syed Saddiq dua bulan lagi, 25 Jun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan keputusan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman terhadapnya, kepada 25 Jun depan.

Hakim Persekutuan AS arah pentadbiran Trump pulihkan Voice of America
Seorang hakim persekutuan pada Selasa mengarahkan pentadbiran Trump memulihkan semula Voice of America (VOA) dan perkhidmatan berita antarabangsa yang bersekutu dengannya, lapor Anadolu Ajansi.

Lantikan hakam selesai kemelut rumah tangga Zahnita, Abdul Zachkery
Mahkamah Rendah Syariah Kuantan melantik hakam bagi bekas model dan pelakon, Zahnita, dan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga.

'Esok hari penentu, mohon doa semua' - Syed Saddiq
Syed Saddiq memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan bagi kes rayuan terhadap sabitan dan hukuman pertuduhan berkaitan dana Armada.

Protes pada majlis konvokesyen: Denda lepasan UM dinaikkan kepada RM10,000
Mahkamah Tinggi menaikkan denda terhadap bekas presiden UMANYkerana mengaibkan serta membangkitkan kemarahan bekas Naib Canselor UM ketika istiadat konvokesyen universiti itu, enam tahun lepas.