awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunyi siren bukan lepaskan air empangan Sungai Perak - Menteri Besar

Bernama, Astro Awani
Bernama, Astro Awani
22/12/2021
05:07 MYT
Bunyi siren bukan lepaskan air empangan Sungai Perak - Menteri Besar
Belum ada laporan yang mengatakan bahawa air Sungai Perak telah melimpah, tegas Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail
LENGGONG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan, setakat ini belum ada laporan yang mengatakan bahawa air Sungai Perak telah melimpah.
Sehubungan itu, bunyi siren yang didakwa didengari penduduk setempat bukanlah kerana air dilepaskan dari empangan di sungai berkenaan.
Sebaliknya, siren itu dibunyikan oleh pihak bomba sebagai peringatan bahawa air sungai di kawasan-kawasan tertentu telah melepasi paras bahaya.
“Memang di tebing Sungai Perak ada beberapa lokasi yang kita pasang siren iaitu bila dia melepasi paras bahaya, siren akan berbunyi, ada di beberapa tempat, di Lenggong, di Labit… mungkin itu yang berbunyi.
“(Bukan siren empanganla)… bukan, bukan… kalau itu (siren empangan) saya akan dimaklumkan terlebih dahulu,” kata Saarani.
Beliau berkta demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-37 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lenggong Berhad di sini, pada Rabu.
Terdahulu, tular di media sosial kononnya siren amaran berbungi dan air Sungai Talang Hulu sudah melimpah.
Maklumat yang tular itu turut berharap penduduk Talang supaya berwaspada kerana paras air sungai dalam keadaan bahaya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pemeriksaan mendapati siren itu dibunyikan pihak bomba dan bukannya siren sistem penggera banjir kerana hanya sungai di Kati yang terletak jauh dari kampung itu yang mempunyai sistem siren berkenaan.
"Kampung tersebut dinaiki air malam tadi namun dilaporkan telah surut. Memang ada sungai di situ tetapi bukan Sungai Perak. Setakat ini tiada mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan pemantauan pihak berkuasa mendapati keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata banjir turut dilaporkan di beberapa kawasan daerah itu termasuk Kampung Banjir dan Padang Rengas yang juga telah surut serta tiada perpindahan mangsa.
Bernama turut melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, paras air di empangan utama Sungai Perak adalah terkawal dan di bawah paras amaran setakat ini.
"Sungai Perak tidak melimpah tetapi kebanyakan anak-anak sungainya melimpah khususnya di Kampung Talang," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Topic Berkaitan
#Kampung Talang
#amaran banjir
#sungai perak
#Menteri Besar Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan