MCDONALD’S Malaysia melancarkan kempen ‘Discover the World’ tahun ini dengan mengembalikan semula rasa Korea melalui Burger Korea Pedas dan Burger Korea K-Duo pada Isnin.

Buat kali keempat sejak diperkenalkan pada 2017, Spicy Korea Burger terus menjadi menu yang digemari rakyat Malaysia.

Kali ini, menu tersebut diperhebatkan dengan memperkenalkan Spicy Korean Burger K-Duo yang menyatukan rasa ayam dan daging diperap kimchi di dalam satu burger bersama-sama sos Korea pedas.

Ia bagi mengubati kerinduan penggemar makanan Korea di negara ini meskipun tidak dapat melawati atau bercuti ke sana untuk menikmati makanan negara itu.

Sementara itu, kempen ‘Discover the World’ merupakan inisiatif McDonald’s untuk menyediakan dan membawakan variasi menu dari serata dunia kepada rakyat negara ini sejak 2016.

Antara negara yang pernah disajikan keenakan rasanya menerusi kempen tersebut termasuk Brazil, Hawaii, Mexico, Portugal, Thailand dan Jepun.

Kedua-dua Burger Korea Pedas dan Burger Korea K-Duo juga akan dihidangkan bersama-sama kentang dan minuman Coca-Cola dalam saiz sederhana, besar dan ala-carte.

Orang ramai boleh mendapatkannya melalui aplikasi McDelivery atau pandu laju di cawangan McDonald’s berdekatan dan hanya tersedia untuk masa yang terhad.

Lagi daebak, lagi idolicious!



*Artikel ini adalah kandungan berbayar.