KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini mengambil isyarat daripada penurunan semalaman di Wall Street selepas penanda aras syarikat berteknologi merosot sehingga paras terendah dalam masa dua bulan setengah berikutan kebimbangan terhadap sekatan peraturan oleh Beijing yang menular di pasaran Amerika Syarikat, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 2.91 mata kepada 1,511.69 daripada 1,514.60 sewaktu ditutup pada Selasa.
Indeks itu dibuka rendah 3.14 mata kepada 1,511.46.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 218 kepada 146, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,627 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 201.85 juta unit bernilai RM73.04 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikan berkata, mengenepikan trend penurunan serantau, FBM KLCI naik semula dan mencatat peningkatan sederhana semalam berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah serta jangkaan bagi pembukaan semula ekonomi menjelang Oktober.
Katanya pelabur asing juga adalah penjual bersih untuk sesi ketiga.
"Walaupun pelabur akan mengalihkan tumpuan mereka daripada jangkitan harian kes COVID-19 kepada kadar vaksinasi tempatan yang positif, sentimen tempatan mungkin masih kekal berhati-hati susulan prestasi negatif di China dan Hong Kong selepas Beijing mengumumkan langkah tambahan terhadap sektor teknologi, pendidikan dan hartanah," katanya.
Bagi sektor dalam tumpuan, sektor berkaitan kenderaan elektrik (EV) meraih momentum dengan jangkaan permintaan terhadap EV akan berkembang dalam masa terdekat, katanya.
Selain itu, pelabur mungkin menyaksikan minat belian dalam Kossan berikutan hasilnya yang kukuh, yang akhirnya memberi limpahan kepada saham sarung tangan lain, walaupun sektor itu mengalami penurunan ketika program vaksinasi yang sedang dijalankan, selain kemerosotan harga purata jualan sarung tangan.
"Paras rintangan dijangka sekitar 1,530 hingga 1,550, manakala paras sokogan dikesan dalam lingkungan 1,500 di tengah-tengah sentimen optimis, namun berhati-hati," katanya.
Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare turun satu sen masing-masing kepada RM4.00, RM7.94 dan RM5.82, TNB menokok satu sen kepada RM9.74, manakala Maybank tidak berubah pada RM8.00.
Bagi saham aktif, waran Johan Holdings naik tiga sen kepada 3.5 sen, Atroniq menokok 10 sen kepada 50.5 sen, waran Ecofirst meningkat 6.5 sen kepada lapan sen, PUC naik setengah sen kepada 18.5 sen, manakala PDZ turun setengah sen kepada 3.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 10.88 mata kepada 11,088.46, FBM ACE turun 19.98 mata kepada 7,231.26 dan Indeks FBMT 100 jatuh 13.55 mata kepada 10,790.08.
Indeks FBM Emas Shariah rendah 11.29 mata kepada 12,200.03, namun FBM 70 naik 9.59 mata kepada 14,614.58.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 27.75 mata kepada 14,737.10, Indeks Perladangan merosot 0.35 mata kepada 6,199.10, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.27 mata kepada 188.17.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 218 kepada 146, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,627 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung. - Gambar hiasan
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.