Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi ini dengan hampir semua kaunter mendapat rangsangan daripada aktiviti belian susulan sentimen positif di pasaran tempatan.
Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.90 mata kepada 1,374.75 daripada paras penutup 1,369.85 pada Jumaat.
Suasana pasaran optimistik dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 282 berbanding 59, manakala 189 kaunter tidak berubah, 1,393 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 267.34 juta saham bernilai RM110.80 juta.
Seorang penganalisis berkata pendekatan berhati-hati yang diambil Malaysia dalam membukakan ekonominya bagi memastikan tiada penularan semula besar-besaran COVID-19, telah menyuntik keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur bahawa Malaysia boleh memenangi perjuangan menentang pandemik global itu.
"Ketika kita menjalankan ujian ubatan bersama-sama dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan jumlah pesakit yang dijangkiti terjawal, kerajaan perlahan-lahan membukakan sektor ekonomi untuk meneruskan operasinya," katanya.
Beliau berkata trend peningkatan itu akan terus disokong oleh keyakinan tinggi pelabur tempatan, tetapi ia masih lagi sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pasaran global.
Sementara itu, dalam nota ekuitinya hari ini Rakuten berkata memandangkan harga minyak global stabil kaunter tenaga dijangka kekal berada dalam jajaran yang diunjurkannya, buat masa ini.
Penanda aras minyak mentah dunia Brent mencatatkan AS$21.18 setong manakala minyak mentah merekodkan AS$16.14 setong.
Ia berkata pasaran ekuiti dijangka kekal tidak menentu kerana indeks serantau mungkin terus berada dalam fasa penstabilan memandangkan peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat.
Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4.4 peratus setakat ini pada April daripada 3.5 peratus pada awal tahun ini.
Dalam kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM7.43, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM15.92, IHH naik satu sen kepada RM5.12 manakala Petronas Chemical, CIMB Group dan Digi semuanya meningkat tiga sen masing-masing kepada RM5.30, RM3.53 dan RM4.39.
Dalam kalangan kaunter vergas, Careplus dan LKL kedua-duanya meningkat dua sen masing-masing kepada 45 sen dan 29.5 sen manakala ES Ceramics menokok 6.5 sen kepada 42 sen.
Dalam kalangan kaunter rugi utama, MISC turun 20 sen kepada RM7.60 diikuti Dutch Lady yang jatuh 16 sen kepada RM47.80 dan KLK berkurangan lapan sen kepada RM20.22.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 42.18 mata kepada 9,596.82, Indeks FBMT 100 meningkat 40.75 mata kepada 9,463.42, Indeks FBM Emas menokok 40.75 mata kepada 9,473.42, FBM ACE menambah 30.73 mata kepada 4,479.91 manakala FBM 70 naik 78.29 mata kepada 11,510.79.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 75.96 mata kepada 12,330.02, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.62 mata kepada 116.30 dan Indeks Perladangan menambah 9.45 mata kepada 6,124.02. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020
Pasaran ekuiti dijangka kekal tidak menentu kerana indeks serantau mungkin terus berada dalam fasa penstabilan memandangkan peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat. Gambar fail.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Saifuddin Nasution akui perlu baiki isu di pintu masuk negara, bakal umum perubahan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui terdapat ruang yang boleh ditambah baik berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.