awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

411 rakyat Gaza maut, lebih 1,100 cedera dalam serangan Israel sejak gencatan senjata

Bernama
Bernama
23/12/2025
01:15 MYT
411 rakyat Gaza maut, lebih 1,100 cedera dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Tentera Israel telah membunuh hampir 71,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023. - Foto fail/BERNAMA
GAZA: Sekurang-kurangnya 411 rakyat Palestin terbunuh manakala 1,112 lagi cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt, menurut Pejabat Media Kerajaan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, pejabat itu memaklumkan pihaknya telah mendokumentasikan 875 pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata, termasuk 265 insiden tembakan secara langsung ke arah orang awam, 49 pencerobohan tentera ke kawasan kediaman, 421 insiden bedilan serta 150 insiden perobohan kediaman.
Pejabat media menuduh Israel gagal memenuhi tanggungjawab kemanusiaannya di bawah perjanjian berkenaan apabila hanya membenarkan 17,819 trak bantuan masuk daripada 42,800 penghantaran yang dipersetujui, iaitu purata hanya 244 trak sehari berbanding 600 trak sehari, dengan kadar pematuhan tidak melebihi 41 peratus.
Menurut kenyataan itu, hanya 394 trak bahan api daripada 3,650 dibenarkan memasuki Gaza, bersamaan purata lima trak sehari berbanding 50 trak sehari seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.
"Ini bermakna pihak pendudukan hanya mematuhi 10 peratus daripada jumlah bahan api yang dipersetujui, sekali gus menyebabkan hospital, kedai roti serta loji air dan kumbahan hampir lumpuh sepenuhnya, memburukkan penderitaan orang awam," menurut kenyataan itu.
Pejabat berkenaan memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza susulan keengganan Israel membuka pintu masuk wilayah itu atau membenarkan kemasukan khemah, rumah mudah alih, karavan dan bahan perlindungan, yang disifatkan sebagai "pelanggaran nyata terhadap perjanjian dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa."
Menurut pejabat itu lagi, dasar Israel itu telah menyebabkan 46 bangunan yang rosak runtuh ketika ribut baru-baru ini, mengakibatkan kematian 15 rakyat Palestin.
Pejabat media menyeru agar aliran bantuan kemanusiaan dan bahan api disalurkan dengan segera dan selamat, serta membenarkan kemasukan khemah, rumah mudah alih, karavan dan bahan perlindungan seperti yang termaktub dalam perjanjian bagi menangani bencana kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel telah membunuh hampir 71,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#serangan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami