KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini bagi hari kedua berturut-turut disokong oleh sentimen yang bertambah baik dan aktiviti membeli saham berharga rendah susulan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka rendah turun 0.58 mata kepada 1,539.84, bergerak antara paras 1,538.68 dan 1,548.46 sepanjang sesi dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 570 berbanding 469, manakala 493 kaunter tidak berubah, 832 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.84 bilion unit bernilai RM2.62 bilion daripada 3.45 bilion unit unit bernilai RM2.67 bilion pada Rabu.
Mohd Sedek Jantan, ketua penyelidik dan penasihat harta dan pengurus portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors berkata prestasi bursa tempatan itu mencerminkan pemulihan daripada aliran menurunnya baru-baru ini yang seterusnya menyemai keyakinan dalam kalangan pelabur.
Sementara itu, ketua penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata prestasi meningkat di pasaran tempatan itu mencerminkan kelegaan pelabur dengan situasi geopolitik yang agak mengendur di Timur Tengah.
Beliau juga berkata perkembangan positif di pasaran tempatan itu juga mendapat rangsangan daripada pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
"Kami menjangkakan pemulihan selanjutnya berikutan keadaan pasaran yang lebih tenang.
"Sementara itu, para pelabur memantau rapat angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama 2024 yang akan diumumkan esok yang akan menyediakan hala tuju kepada pertumbuhan ekonomi," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.67, CIMB meningkat enam sen kepada RM6.59, Tenaga Nasional melonjak lapan sen kepada RM11.60, Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM6.84 dan Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.14.
Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur Gudang, Borneo Oil, Fitters Diversified dan Velesto Energy turun setengah sen masing-masing kepada 14 sen, setengah sen, 4.5 sen dan 27 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.53 mata kepada 11,616.97, Indeks FBMT 100 naik 36.14 mata kepada 11,255.53 dan Indeks FBM ACE menokok 22.15 mata kepada 4,947.52.
Indeks FBM Emas Shariah menambah 31.02 mata kepada 11,788.33 dan Indeks FBM 70 melonjak 70.54 mata kepada 16,184.66.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.14 mata kepada 184.45 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 25.15 mata kepada 17,132.64.
Bagaimanapun, Indeks Tenaga susut 7.17 mata kepada 952.00 dan Indeks Perladangan turun 3.43 mata kepada 7,354.45.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.23 bilion unit bernilai RM2.31 bilion daripada 2.05 bilion unit bernilai RM2.39 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.09 bilion unit bernilai RM152.72 juta daripada 808 juta unit bernilai RM95.66 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 507.34 juta saham bernilai RM162.95 juta daripada 588.20 juta saham bernilai RM184.38 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 267.92 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (731.25 juta), pembinaan (309.23 juta), teknologi (190.08 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (84.96 juta), hartanah (252.73 juta), perladangan (26.41 juta), REITs (20.47 juta), dana tertutup (23,500), tenaga (162.14 juta), penjagaan kesihatan (35.90 juta), telekomunikasi dan media (33.12 juta), pengangkutan dan logistik (30.49 juta) dan utiliti (83.36 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 570 berbanding 469, manakala 493 kaunter tidak berubah, 832 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung. - Gambar fail/Bernama
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak lagi pentingkan kelompok tertinggi seperti dahulu – PM Anwar
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.