PUTRAJAYA: Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasihnya yang memutuskan hubungan, lima tahun lalu.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memerintahkan Untung (hanya satu nama), 42, menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada pada 23 Dis 2018.
Dalam menyampaikan penghakiman, Abang Iskandar berkata tiada merit dalam rayuan Untung.
Untung dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Ogos 2020 kerana membunuh Asmaul Chasanah, 28, di tempat letak kereta Masjid Al-Husna di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada jam 10.15 malam, 22 Dis 2018.
Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 6 Okt 2022.
Mengikut fakta kes, Untung membeli sebotol racun perosak dan membawa pisau dapur bersamanya dan menunggu mangsa di tempat letak kereta.
Dia memberitahu mangsa bahawa dia sedih dan berniat untuk membunuh diri. Dia kemudian meminum racun perosak dan menikam dirinya sendiri.
Sebalik meninggalkan tempat itu, mangsa mengejek dan menghina kekasihnya dan akibat provokasinya, lelaki itu menikam teman wanitanya yang berdiri dihadapannya.
Peguam Gooi Soon Seng dan Lim Wei Qi mewakili Untung manakala pihak pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.
Dalam kes berasingan, Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati kepada pemenjaraan selama 35 tahun terhadap seorang penganggur kerana membunuh anak teman wanitanya berusia enam tahun Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan pada 2018.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin turut memerintahkan Noraizuwan Hamali, 32, dikenakan sebatan 12 kali dan menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan pada 19 April 2018.
Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan membunuh.
Pada 21 Jan 2022, Mahkamah Tinggi Kangar menjatuhkan hukuman mati terhadap Noraizuwan selepas didapati bersalah membunuh Muhammad Rayyan di sebuah rumah di Kampung Jejawi, Kangar, Perlis antara jam 3.35 petang dan 12.10 tengah malam pada 18 April 2018.
Peguam Farida Mohammad mewakili Noraizuwan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Mengikut fakta kes, Untung membeli sebotol racun perosak dan membawa pisau dapur bersamanya dan menunggu mangsa di tempat letak kereta. - Gambar hiasan
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.