KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan ke atas seorang buruh selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki pada September dan Oktober lepas.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas Che Wan Mohd Fadil Che Noh, 34, mengaku bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak lelaki berumur 15 tahun enam bulan di dalam sebuah bilik sebuah rumah di Pasir Puteh pada 2 pagi 26 Sept lepas dan 3 pagi 10 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat kerana kesalahan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi daripada perkara-perkara seperti itu.
Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, 14 Dis lalu.
Sementara itu, di PETALING JAYA, seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya, dua bulan lepas.
Remaja berusia 17 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berumur 17 tahun satu bulan, bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing Seksyen 5 di sini pada 3 pagi, 15 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, prosiding hari ini dijalankan secara tertutup kerana melibatkan pesalah kanak-kanak bawah umur.
Majistret Farah Azura Mohd Saad kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Feb depan untuk sebutan kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala remaja itu diwakili peguam Datuk Suraj Singh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Che Wan Mohd Fadil Che Noh, 34, mengaku bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan
Seorang bekas penolong jurulatih boling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas dakwaan kes cabul ke atas seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma) tujuh tahun lalu.
Penganggur direman cabul cucu saudara
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.
Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.
Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan
Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Kes cabul tular: Pemandu e-hailing didakwa di mahkamah
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau
Seorang lelaki OKU fizikal didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas pertuduhan mencabul remaja perempuan OKU di sebuah tandas surau.
Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.