awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh maut ditimbus: CIDB arah henti kerja di tapak projek

Bernama
Bernama
13/12/2023
03:20 MYT
Buruh maut ditimbus: CIDB arah henti kerja di tapak projek
Pada Isnin, polis mengesahkan mangsa maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali di tapak projek yang terletak di Kampung Berembang, Kuala Lipis. - Gambar hiasan
KUANTAN: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengarahkan kerja di tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 4 di Lipis, dekat sini dihentikan, susulan kematian seorang buruh Indonesia akibat ditimbus tanah, Isnin lepas.
Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Mohd Zaid Zakaria berkata subkontraktor terlibat diarahkan menghentikan kerja penggalian sehingga kawalan mencukupi terhadap kerja itu dikemukakan kepada CIDB dan kontraktor mematuhi arahan keselamatan kerja penggalian tanah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
"Siasatan awal CIDB mendapati subkontraktor terlibat tidak mengisytiharkan projek itu di sistem CIDB dan tiga pekerja binaan termasuk mangsa yang maut tidak mempunyai perakuan pendaftaran personel binaan CIDB manakala seorang lagi mempunyai perakuan pendaftaran tamat tempoh.
"Selain itu, penyelia tapak binaan bagi projek itu juga didapati tidak diakreditasi sebagai Penyelia Tapak Bina," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zaid berkata siasatan terhadap insiden itu dijalankan mengikut Seksyen 34B (1) Akta CIDB (Akta 520) berkaitan kewajipan kontraktor yang antara lain mengemukakan maklumat berhubung kerja pembinaan, memastikan keselamatan dan memastikan kerja dijalankan mengikut peruntukan Akta CIDB.
Seksyen 34D pula menyatakan kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan olehkontraktor, boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kegagalan mematuhi keperluan memiliki perakuan personel pembinaan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM5,000 seorang.
Pada Isnin, polis mengesahkan Khairul Anam, 28, dari Jawa Timur maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali di tapak projek yang terletak di Kampung Berembang, Kuala Lipis.
Mangsa difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinaan laluan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cidb
#projek Lingkaran Tengah Utama
#tanah runtuh
#buruh mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan