KUALA LUMPUR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan kepala dan leher bapa kandungnya dengan sebilah parang, minggu lepas.
G. Sridharan, 22, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pemandu lori, N. Gobhi, 58, di sebuah rumah di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang pada 5.30 pagi, 17 Mac lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang mana tertuduh boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.
Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menetapkan 29 April ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam S. Muthuveeran.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, pengawal keselamatan R. Kiriraj, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bapa tirinya, Ibrahim Mohamad Ismail, 45, dengan menggunakan parang di sebuah rumah di Batu Caves pada 12.30 tengah malam, 1 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 5 April untuk sebutan kes.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal dan peguam Sarabmeet Singh mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam S. Muthuveeran. - Gambar fail/Bernama
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Kes bunuh wanita: Tarikh baharu sebutan ditetapkan 19 April
Mahkamah menetapkan 19 April ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang pemandu lori yang didakwa membunuh teman wanitanya.
Buruh mengaku tidak bersalah cederakan bapa kandung dengan parang
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan kepala dan leher bapa kandungnya dengan sebilah parang, minggu lepas.
Bunuh teman wanita: Mahkamah tetap 21 Mac serah rekod telekomunikasi
21 Mac ini ditetap bagi sebutan serahan rekod telekomunikasi telefon bimbit berkaitan kes lelaki didakwa membunuh kekasihnya yang hamil.
Dua lelaki didakwa lakukan pemerasan, kurung bekas rakan sekerja di kelab malam
Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mengurung secara salah bekas rakan sekerja mereka di sebuah premis hiburan, minggu lepas.
Kes rasuah Guan Eng: Mahkamah tetapkan tarikh 28 Mei sebutan semula kes
Pihak pembelaan memerlukan masa selama tiga bulan bagi meneliti lebih 100 dokumen bercetak.
Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan
Sejurus tiba, Najib terus dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen 9 untuk sebutan kes di bawah kawalan ketat pihak polis.
Sebutan kes wanita keluarkan wang milik 'Datuk Terlajak Laris' tertangguh akibat banjir
Prosiding kes bekas pengurus akaun D'Herbs, sepatutnya bermula pada 9 pagi ditangguhkan beberapa kali kerana tertuduh terkandas akibat banjir.