awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan

Buruh ugut, khianat ibu mentua, langgar polis direman lagi

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2023
11:45 MYT
Buruh ugut, khianat ibu mentua, langgar polis direman lagi
Ahad lalu seorang anggota polis berpangkat sarjan patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Dato di Chukai, Kemaman. - Gambar/ PDRM
KEMAMAN: Seorang buruh kelapa sawit direman sekali lagi bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah dan khianat terhadap ibu mentuanya.
Reman tiga hari ke atas suspek yang berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bermula Jumaat hingga Ahad.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut kes suspek dikatakan mengetuk kenderaan ibu mentuanya menggunakan kayu sebelum melanggar seorang anggota polis Ahad lalu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah," katanya di sini, pada Jumaat.
BACA: Sarjan polis wanita patah bahu dilanggar lelaki kejar ibu mentua
Pada Isnin, suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Ahad lalu seorang anggota polis berpangkat sarjan patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Dato di Chukai, Kemaman.
Suspek yang memandu kereta itu berjaya diberkas sekitar jam 2.15 petang kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#langgar polis
#ugut ibu mentua
#langgar lari
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.