JITRA: Seorang pemilik butik kasut di Kedah turut mengambil peluang membantu golongan memerlukan menyediakan kelengkapan Aidilfitri pada harga mampu milik dengan menawarkan 'Kasut Raya Rahmah' bermula serendah RM20 sepasang.
Haslina Wani Abdul Hamid, 40, yang mengusahakan Butik Wanniz Shoppe di sini dan Alor Setar berkata pihaknya melaksanakan inisiatif harga rendah itu bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan membeli kasut berkualiti pada harga mampu milik untuk perayaan berkenaan.
"Kita tak mahu letak harga tinggi supaya pembeli mampu bergaya cantik dengan harga murah dan seiring dengan saranan kerajaan itu (harga Rahmah)," katanya kepada pemberita di premis itu di sini.
Haslina Wani berkata golongan memerlukan amat dekat di hatinya memandangkan beliau sendiri pernah mengalami kesusahan apabila perniagaan pakaian yang diusahakan merudum antara 2008 dan 2009 hingga wang yang tinggal ketika itu hanya 20 sen sebelum bangkit semula dengan perniagaan sekarang.
Beliau berkata pihaknya masih memperoleh keuntungan menjual kasut jenama sendiri itu pada harga rendah.
"Kasut kami tahan lama (berkualiti) walaupun dijual pada harga murah. Tiada isu kalau jual murah kasut tak ada kualiti, kasut kami jual ada kualiti (tersendiri). Setakat ini, pelanggan banyak ulang beli, kasut mereka pakai tahan lama," katanya.
Haslina Wani berkata pihaknya akan menambah stok kasut baharu dengan reka bentuk berlainan sekiranya kasut harga Rahmah yang tersedia di butik itu habis bagi memperbagaikan rekaan kasut sekali gus menawarkan banyak pilihan kepada pelanggan.
"Saya sasarkan lebih ramai pelanggan dapat mengambil peluang membeli kasut pada harga jauh lebih rendah ini, (terutama) golongan B40 bolehlah ambil peluang ini," katanya.
Beliau juga mengharapkan lebih ramai pemilik jenama tempatan memain peranan melaksanakan harga Rahmah seperti saranan kerajaan dalam usaha membantu golongan tidak berkemampuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Butik Wanniz Shoppe mengambil peluang membantu golongan memerlukan menyediakan kelengkapan raya pada harga mampu milik dengan menawarkan 'Kasut Raya Rahmah' bermula serendah RM20 sepasang. - Foto BERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Butik kasut di Kedah tawar 'Kasut Raya Rahmah'
Seorang pemilik butik kasut di Kedah turut mengambil peluang membantu golongan memerlukan menyediakan kelengkapan Aidilfitri pada harga mampu milik dengan menawarkan 'Kasut Raya Rahmah'.