KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan terus memantau situasi dengan pengurusan syarikat penerbangan susulan insiden seekor ular di ruang penyimpanan barang dalam pesawat AirAsia pada Khamis.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, ia adalah untuk memastikan segala mitigasi risiko diuruskan sewajarnya.
“CAAM tidak akan berkompromi dalam sebarang isu yang boleh menjejaskan keselamatan operasi syarikat penerbangan,” tegasnya.
Ujarnya, Kementerian Pengangkutan juga telah berhubung rapat dengan CAAM mengenai perkara tersebut dan pengawal selia keselamatan dan teknikal telah menguruskan hal ini dengan baik dengan syarikat penerbangan berkenaan mengikut semua prosedur dan peraturan keselamatan.
“Setiap syarikat penerbangan mematuhi semakan pra-penerbangan yang ketat sebagai sebahagian daripada keperluan dan prosedur operasi standard,” katanya.
Khamis lalu, para penumpang pesawat AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau gempar dengan penemuan seekor ular dikesan merayap di ruang penyimpanan barang.
BACA: Pesawat AirAsia melencong ke Kuching, ada seekor ular di ruang penyimpanan barang
Menurut Ketua Pegawai Keselamatan Syarikat tersebut, Kapten Liong Tien Ling, sebaik sahaja menyedari kehadiran reptilia tersebut kapten pesawat telah mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Tambah Tieng Ling, juruterbang terbabit telah mengambil tindakan yang wajar dan penerbangan kemudian diteruskan ke Tawau secepat mungkin.
Astro Awani
Sat Feb 12 2022

Khamis lalu, para penumpang pesawat AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau gempar dengan penemuan seekor ular dikesan merayap di ruang penyimpanan barang. - Foto ihsan pembaca AWANI

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

CAAM sahkan gangguan elektrik di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
CAAM mengesahkan bahawa gangguan bekalan elektrik telah berlaku di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

CAAM lantik Norazman Mahmud sebagai CEO baharu
Kapten Norazman Mahmud dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) baharu berkuat kuasa 1 Jan 2023.

Chester Voo tamat perkhidmatan di CAAM 31 Dis ini
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Chester Voo bakal menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis ini.

MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA
MATA menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera.

Helikopter terhempas: Wee Ka Siong jelaskan kronologi kejadian
Kenyataan awal beliau mengenai juruterbang itu, adalah berdasarkan maklumat dan transkrip audio yang beliau terima dari pihak CAAM.

Helikopter hilang: Radar kesan kehilangan altitud mendadak - CAAM
Sistem radar di KLATCC telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.

Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.

CAAM cadang pindaan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 untuk rancakkan industri dron
Namun jelasnya penggunaanya juga berupaya mendedahkan risiko-risiko tertentu terhadap pengguna termasuk media seperti isu keselamatan dan pencabulan privasi.

Insiden MH2664: MAB fail laporan kejadian mandatori kepada CAAM
Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini berkata pihaknya telah memfailkan Laporan Kejadian Mandatori kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), susulan isu teknikal dalam insiden yang membab