awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAAM siasat kejadian kedua helikopter terhempas babit My Heli Club

Agensi
Agensi
01/01/2021
10:08 MYT
CAAM siasat kejadian kedua helikopter terhempas babit My Heli Club
Terdahulu dalam kejadian berkenaan, juruterbang berumur 72 tahun dan pembantu juruterbang berusia 52 tahun yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
SHAH ALAM:Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyatakan helikopter yang terhempas dalam satu insiden di Pelabuhan Klang hari ini dikendalikan oleh syarikat My Heli Club.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Kapten Chester Voo berkata helikopter jenis Robinson R66 itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 9.05 pagi dan berada di ruang udara Pulau Indah, Pelabuhan Klang sekitar 9.21 pagi.
"Juruterbang (helikopter) melaporkan ops normal pada 9.45 pagi dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak menerima sebarang panggilan kecemasan selepas itu.
"Bagaimanapun, helikopter terbabit kemudiannya terhempas di kawasan lapang berdekatan Pulau Indah antara pukul 9.45 hingga 10 pagi hari ini," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata sejurus menerima maklumat mengenai kemalangan itu, CAAM mengaktifkan Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik.
Tambah beliau, kedua-dua mangsa iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang warga tempatan yang terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan mengalami kecederaan namun stabil.
Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Terdahulu dalam kejadian berkenaan, juruterbang berumur 72 tahun dan pembantu juruterbang berusia 52 tahun yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata siasatan awal pihaknya mendapati, juruterbang helikopter itu hilang kawalan ketika cuba membuat latihan 'hoovering' di satu kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah sebelum terhempas pada ketinggian kira-kira empat meter.
Pada 8 November lalu, sebuah helikopter membabitkan syarikat sama terhempas dan meragut dua nyawa di Taman Melawati, dekat sini. Sebuah lagi helikopter yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun berjaya melakukan pendaratan cemas.
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Klang
#MY heli club
#CAAM
#Pelabuhan Klang
#Ampang
#Taman Melawati
#syarikat sama
#CEO CAAM
#Kapten Chester Voo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan