awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2022
00:45 MYT
Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil. - Foto REUTERS
MEMASAK ayam dalam ubat batuk bukan sahaja menjadikan hidang itu tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya, kata Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA).
Ia adalah susulan cabaran 'sleepy chicken' di TikTok.
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Ubat yang dididihkan boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya, kata FDA dalam satu kenyataan.
"Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru," kata kenyataan itu.
Ini bukan kali pertama FDA memberi amaran terhadap cabaran media sosial yang menggunakan ubat bukan preskripsi.
Pada September 2020, amaran serupa telah dikeluarkan oleh FDA selepas beberapa remaja dilaporkan dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia selepas menyertai "Cabaran Benadryl".
Topic Berkaitan
#TikTok
#media sosial
#cabaran
#Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan