Walaupun hanya menonton sedikit atau sebahagian daripada video serangan di Christchurch, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia memilih untuk berkongsi video berdurasi 17 minit itu.

Kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI, menunjukkan 16 peratus daripada mereka yang menonton sebahagian video serangan itu memilih untuk berkongsi.

Walaupun hanya 104 responden daripada 1,080 yang dikaji selidik memilih untuk berkongsi, angkanya tetap membimbangkan, kata Dr Abdul Rauf Ridzuan.

16 peratus daripada mereka yang menonton sebahagian video serangan Christchurch memilih untuk berkongsi video itu.

Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka itu melihat kegagalan kawalan kandungan oleh pengendali media sosial menjadi punca.

“Syarikat atau penyedia platform media sosial memang gagal untuk memastikan kualiti dan nilai kandungan kerana kita boleh lihat banyak bahan-bahan kandungan yang tidak baik atau salah yang dikongsi dan berjaya disebarkan pengguna-pengguna kita.

“Namun, saya kena puji rakyat Malaysia kerana hanya cuma 18 peratus sahaja yang telah mengongsikannya dan rata-rata responden tidak berkongsikannya.

“Bagaimanapun, untuk mengelakkan benda buruk atau peningkatan pada masa akan datang, kempen kesedaran, nasihat dan pemantauan perlu terus dilaksana dan diperluaskan,” katanya kepada Astro AWANI.

Menerusi kaji selidik itu juga, 65 peratus bersamaan 644 responden pernah menonton video serangan tersebut.

Menerusi kaji selidik itu juga, 65 peratus bersamaan 644 responden pernah menonton video serangan tersebut.

Daripada julah itu, 21 peratus (208 responden) menonton keseluruhan video itu, manakala 44 peratus (436 responden) hanya menonton sebahagian daripadanya.

Malah, majoriti antara mereka iaitu 83 peratus (536 responden) turut menyifatkan video serangan tersebut menjelikkan.

Justeru, Rauf melihat peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) amat penting pada ketika ini.

Malah, majoriti antara mereka iaitu 83 peratus (536 responden) turut menyifatkan video serangan tersebut menjelikkan.

“SKMM perlu terus memainkan peranan mereka dalam mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia.

“Mereka bukan setakat memantau dan mengawal malah mereka juga perlu adakan kempen kesedaran yang perlu diperluas berkenaan akan bahaya, buruk dan salah guna media sosial,” tegasnya.