awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Petronas sedia main peranan penyelesaian bekalan tenaga, kelestarian
MALAYSIA
2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin
BISNES
Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Cabul dan aibkan rakan sekerja, penjawat awam mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2019
09:30 MYT
Cabul dan aibkan rakan sekerja, penjawat awam mengaku tidak bersalah
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. - Foto Astro AWANI
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan rakan sekerjanya.
Tertuduh Ahmad Fakkarudin Wahab, 29 tahun membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa yang berusia 39 tahun.
Tertuduh di dakwa telah melakukan isyarat lucah dengan meramas kemaluannya sendiri di hadapan mangsa di sebuah pejabat kerajaan kira-kira jam 10 pagi pada 25 November lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyentuh tangan kiri dan kanan mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 4.20 petang di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Terengganu pada 25 November lalu.
Pertuduhan dilaksanakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 bagi kedua-dua pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fakkarudin Wahab
#cabul dan aibkan rakan sekerja
#isyarat lucah
#mengaku tidak bersalah
#penjawat awam
#Seksyen 509 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami