awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul wanita 24 tahun, paderi mengaku tidak bersalah

Bernama
Bernama
28/12/2018
07:13 MYT
Cabul wanita 24 tahun, paderi mengaku tidak bersalah
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan disebat.
Seorang paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita, awal bulan ini.
Tertuduh yang berusia 59 tahun itu didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita itu tanpa kebenaran di sebuah rumah di Jalan Laguna, Perai dekat sini pada jam 2 petang, 1 Dis lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibenar ikat jamin atas alasan tertuduh menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan sakit lutut.
Hakim Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jan ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusof. -- Bernama
Topic Berkaitan
#cabul
#kemaluan
#paderi
#seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan