awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cadangan buka rumah pelacuran tidak boleh diterima sama sekali' - Menteri agama

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/01/2024
09:35 MYT
'Cadangan buka rumah pelacuran tidak boleh diterima sama sekali' - Menteri agama
Mohd Na'im berkata cadangan tersebut bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Cadangan membuka rumah pelacuran di negara ini tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata cadangan tersebut juga bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.
"Bahkan jelas bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik mahupun isu yang bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pelakon terkenal tanah air dalam sebuah podcast berhubung cadangan membuka rumah pelacuran kepada warga asing sebagai langkah mengurangkan kes rogol dalam negara ini.
Mohd Na'im menambah, dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi, kaedah fikah sewajarnya dijadikan panduan, selain kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.
Jelas beliau, cadangan tersebut mengundang polemik dan kontroversi dalam masyarakat memandangkan pelacuran merupakan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut undang-undang Malaysia.
Katanya lagi, pelacuran adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah seperti Seksyen 372; Seksyen 372 A; dan Seksyen 372B.
Selain itu, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, memperuntukkan kesalahan kepada mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat, seperti diperuntukkan di bawah seksyen 35 Akta 559.
Tegasnya, pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud.
Topic Berkaitan
#rumah pelacuran
#kegiatan pelacuran
#Rosyam Noor
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan