awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan gaji graduan TVET RM3,000 wajar, elak jurutera berhijrah - MITI

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
07:15 MYT
Cadangan gaji graduan TVET RM3,000 wajar, elak jurutera berhijrah - MITI
Chin Tong juga berkata, sebuah jawatankuasa Kabinet berkaitan pendidikan TVET telah ditubuhkan dan ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan agar majikan membayar gaji minimum RM3,000 untuk graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) wajar dilaksanakan bagi mengelak lebih ramai jurutera tempatan berhijrah ke luar negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, cadangan itu yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga disifatkan sebagai satu langkah yang sangat baik.
“Gaji median pada tahun 2021 adalah RM2,250 dan ini adalah keadaan ini yang tidak boleh diterima kerana anak-anak muda tidak akan terima gaji yang begitu rendah.
“Kita lihat cadangan Ahli Parlimen Bagan (Ahmad Zahid) baik dan harus dilaksanakan supaya gaji graduan TVET lebih tinggi dan akhirnya gaji jurutera juga akan lebih tinggi.
“Kalau tidak, jurutera akan berhijrah ke negara lain disebabkan gaji terlalu rendah dan perkara ini kita perlu lihat sebagai masalah negara,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta kerajaan meneliti kembali cadangan gaji permulaan graduan TVET RM3,000 sebulan kerana disifatkan tidak praktikal memandangkan gaji permulaan jurutera hanya dibayar RM2,250.
Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Amirudin Shari (PH - Gombak) pula, Chin Tong berkata sebuah jawatankuasa Kabinet berkaitan pendidikan TVET telah ditubuhkan dan ia dipengerusikan oleh Ahmad Zahid.
Jelas beliau, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memperkasa dan menyelaraskan institusi-institusi TVET yang melibatkan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Dalam masa sama, beliau berpandangan struktur gaji pasaran buruh dalam negara disifatkan sebagai terlampau rendah kerana kewujudan ramai pekerja warga asing tanpa kemahiran.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Gaji graduan TVET
#gaji minimum RM3000
#Liew Chin Tong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan