KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan pengeluaran lesen kenderaan motor kepada warga emas belum lagi dibincangkan secara mendalam.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan tersebut disuarakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias, semalam.
Beliau berkata saranan itu merupakan cadangan peribadi Azisman di peringkat JSPT sahaja dan belum dibincangkan secara lebih terperinci.
"JSPT sebagai jabatan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat.
"Sebarang pengenalan kaedah yang baharu, hanya akan dilaksana setelah menjalani proses kajian serta diputuskan implementasinya oleh kesemua pihak yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Polis syor hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas
Semalam, Bernama melaporkan PDRM mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.
Azisman dilaporkan berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.
Beliau juga dilaporkan berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Semalam media melaporkan, PDRM mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas. - Gambar hiasan
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen
Pemilik anjing yang ingkar memohon lesen berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000.
Lima lelaki didakwa jalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen
Mereka didakwa menjalankan perniagaan tersebut dengan meminjamkan wang berjumlah RM6,300 berserta faedah kepada tiga individu.
Kerajaan bincang atasi masalah kontraktor Melayu - Mustapa
Kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan masalah hampir 50,000 kontraktor Melayu yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor.
136,448 warga asing lakukan kesalahan jalan raya sejak 2019
Kira-kira 136,448 warga asing di seluruh negara direkod melakukan pelbagai kesalahan jalan raya bermula 2019 hingga Mei tahun ini.
Polis Terengganu pantau jualan mercun, bunga api
Langkah itu bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual bahan larangan tersebut di musim perayaan ini.
3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ
Pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Dis ini untuk memperbaharuinya.
Cadangan had pengeluaran lesen warga emas belum dibincang - KPN
Cadangan mengehadkan pengeluaran lesen kenderaan motor kepada warga emas belum lagi dibincangkan secara mendalam.
JPJ ganti lesen percuma untuk penduduk terlibat banjir di Yan
Gantian dokumen menerusi inisiatif 'touch point' jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti tersebut yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen penting.