awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' di ibu negara diteliti - DBKL

Bernama
Bernama
19/02/2023
06:57 MYT
Cadangan kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' di ibu negara diteliti - DBKL
Mahadi berkata, DBKL telah melihat beberapa kawasan di ibu negara yang boleh dipertimbang dari segi kesesuaiannya dan kesan di sekeliling kawasan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti dan melakukan kajian menyeluruh berkenaan syor Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim supaya di wujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya telah melihat beberapa kawasan di ibu negara yang boleh dipertimbangkan dari segi kesesuaiannya dan kesan di sekeliling kawasan yang hendak dicadangkan itu.
"Ini (cadangan) idea baru, ia perlu dilihat secara menyeluruh kerana ia memberi kesan sampingan yang lain sekiranya tidak dikaji dengan terperinci. Biarlah cadangan itu juga memberi kesan yang lama dan bertahan serta mewujudkan impak yang diinginkan," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada program lawatan bersama dengan Rais di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan melihat pameran lukisan anjuran Yayasan Budi di Wisma Budi, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Rais dilaporkan mengesyorkan DBKL supaya mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu untuk tatapan para pengunjung di ibu negara.
Rais berkata projek 'Dunia Melayu' itu boleh mengandungi susunan budaya yang menarik perhatian pengunjung luar dan dalam negara termasuk seni, cara hidup budaya tinggi, pertukangan tangan, muzik, seni teater dan makanan warisan Melayu.
Dalam pada itu, Rais yang juga pengasas Yayasan Budi berkata lebih 50 poster dan lukisan yang bertemakan budaya, warisan Kuala Lumpur serta kata-kata hikmat dan budi bahasa seniman dan sasterawan dipamerkan untuk pengunjung di lokasi tumpuan orang ramai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan warisan
#Dunia Melayu
#DBKL
#Mahadi Che Ngah
#Datuk Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan