awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan kerja 45 jam seminggu tidak jejas produktiviti - MTUC

Shaznina Rozman
Shaznina Rozman
19/08/2022
06:14 MYT
Cadangan kerja 45 jam seminggu tidak jejas produktiviti - MTUC
Cadangan waktu kerja lebih pendek mampu memberikan keseimbangan waktu peribadi dan kerja sekali gus membawa kepada hasil produktiviti lebih baik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu berbanding 48 jam tidak akan menjejaskan produktiviti.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, sebaliknya cadangan waktu kerja lebih pendek mampu memberikan keseimbangan waktu peribadi dan kerja sekali gus membawa kepada hasil produktiviti lebih baik.
“MUTC percaya dengan pelaksanaan kerajaan untuk selaraskan piawaan antarabangsa, ia jelas membantu pekerja untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan memberi kesan yang baik kepada syarikat.
“Kalau kita lihat perbandingan antara negara-negara lain juga seperti Singapura mempunyai waktu bekerja selama 44 jam walaupun kita lihat piawaian antarabangsa iaitu selama 40 jam tapi ini adalah tempoh yang terbaik setakat ini untuk negara kita menuju ke arah 40 jam itu," katanya ketika ditemu bual oleh Niaga AWANI pada hari ini.
Tenaga Buruh | Produktiviti buruh suku kedua meningkat 5.5 peratus
Sementara itu mengulas lanjut mengenai kualiti pekerja, Effendy yakin kerajaan mempunyai perancangan rapi yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia serta TVET untuk menyediakan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.
Perancangan ini jelas menunjukkan negara berada dalam keadaan keadaan positif dan berada di landasan terbaik susulan pemulihan ekonomi ketika ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#MTUC
#waktu kerja
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan