PUTRAJAYA: Cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan khidmat National Task Force (NTF) membabitkan kawalan sempadan bagi mengekang penularan COVID-19 tidak akan diteruskan.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasuiton memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal.
"Keputusan dibuat semalam dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan cadangan MKN untuk melanjutkan kewujudan NTF tidak akan diteruskan.
"Sebagai anggota jemaah Menteri, saya menerima nasihat dan pandangan daripada agensi penguatkuasa berdasarkan data semasa," jelas beliau dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Dalam negeri (KDN), pada Jumaat.
Jelasnya sepanjang NTF berlangsung selama dua tahun tujuh bulan, sebanyak 26,834 tangkapan dibuat dengan 62 orang disahkan positif COVID-19.
Pelaksanaan NTF sebelum ini bersama beberapa agensi keselamatan lain bertujuan membantu dalam menjaga dan memperkukuhkan sempadan daripada sebarang ancaman termasuklah ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Terdahulu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan NTF dibubarkan berkuat kuasa 31 Disember lalu.
Ia sebagaimana diarahkan melalui sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) bilangan 2 tahun 2022 setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 negara dan dunia semakin terkawal.
Hafizi Rosli
Fri Jan 27 2023

Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, sepanjang NTF berlangsung selama dua tahun tujuh bulan, sebanyak 26,834 tangkapan dibuat dengan 62 orang disahkan positif COVID-19 - Astro AWANI

Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di Labuan hari ini.

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sangat kecewa dengan alasan yang disediakan dalam penghakiman majoriti bagi permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula kes SRC. #AWANInews

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.

KDN serah kepada SPRM berhubung siasatan penyelewengan perjanjian sukuk
Saifuddin Nasution berkata SPRM harus diberi ruang seluas-luasnya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

Razarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Negara secara kontrak dua tahun
Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara secara kontrak berkuat kuasa hari ini hingga 15 Mac 2025.

Lima kementerian bermesyuarat teliti laporan isu ketirisan subsidi diesel
Salahuddin juga telah mengarahkan agar satu pasukan bertindak khas ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel.

KDN akui terdapat kecuaian dalam kes penjara silap hantar mayat
Kementerian Dalam Negeri mengakui terdapat elemen kecuaian dan kelemahan sistem dalam kejadian kesilapan tertukar identiti banduan yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, pada 3 Mac lepas.

KDN rampas alat permainan seks bernilai RM115,000
Peralatan terbabit adalah barang larangan dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Surat tular: 'Saya selamat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung surat tular yang didakwa milik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di laman sosial pada Selasa.

UMNO sah diberi pengecualian tidak pertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden
Keputusan dibuat selepas KDN teliti ketetapan yang dibuat Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Kerajaan akan bangunkan portal permintaan dan penawaran buruh
Melalui portal yang bakal dibangunkan, masing-masing dapat mengetahui jumlah pekerja yang diperlukan dari segi penawaran dan permintaan.

KDN sedia tambah baik pengurusan lokap, tahanan
Langkah itu diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung isu kematian dalam tahanan.

KDN lulus 380,000 pemohonan pekerja asing, penuhi keperluan ekonomi negara - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan 380,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.