awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pencen bulanan KWSP masih di peringkat kajian - Amir Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2025
11:01 MYT
Cadangan pencen bulanan KWSP masih di peringkat kajian - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berucap merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih sedang mengkaji mekanisme pembayaran bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah.

Ringkasan AI
  • Kerajaan masih mengkaji cadangan pembayaran bulanan KWSP selepas bersara dan belum melaksanakannya.
  • Datuk Seri Amir Hamzah menyokong sistem pencen bulanan kerana dapat mengelak pesara kehabisan simpanan.
  • Cadangan ini selari dengan pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen seperti diumumkan Perdana Menteri.

Beliau berkata, seperti yang dijelaskan oleh KWSP sendiri sebelum ini, cadangan itu masih dalam peringkat kajian dan belum sampai ke tahap pelaksanaan.
Bagaimanapun Amir Hamzah berpandangan, mekanisma pencen bulanan di mana simpanan disalurkan dan dibayar secara berperingkat dilihat sebagai dasar yang lebih baik untuk negara.
“Tetapi dari segi dasar, sekiranya kita dapat berganjak kepada sistem seperti pencen, di mana simpanan itu boleh bergerak dan dibayar bulanan, ia mungkin lebih baik untuk negara.
“Kerana ia boleh menjamin untuk pesara mempunyai simpanan mencukupi apabila sampai masa untuk bersara kelak, kerana masalah kita nampak sekarang bila orang tu dapat akses (kepada simpanan KWSP) kebanyakan mereka cepat habiskan (simpanan). Jadi bila zaman akhir-akhir hidup, dia tak ada simpanan mencukupi,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Cukai Kebangsaan (NTC) 2025 di sini, pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 pada Khamis lepas berkata, kerajaan sedang melihat pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.
Mekanisme tersebut, jelasnya lagi, dilihat dapat menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#pencen bulanan KWSP
#RMK13
#Amir Hamzah Azizan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan