BESTARI JAYA: Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam peringkat perbincangan dan Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pandangan pakar berkaitan, kata Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian.
Beliau berkata banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum keputusan berhubung status penyahwartaan hutan itu dilakukan termasuk soal ekonomi, pembangunan dan kebajikan Orang Asli.
"Saya juga mengambil kira pandangan daripada pakar, profesor, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti lain tentang sama ada hutan itu patut dinyahwartakan atau tidak.
"Kita menghormati pandangan badan bukan kerajaan (NGO) serta Orang Asli dan sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan melihat semua aspek bukan setakat hutan sahaja tetapi juga aspek ekonomi, Orang Asli dan pembangunan," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Warta Tanah Tokong di sini pada Ahad.
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.
"Kita tidak akan mengurangkan jumlah hutan simpan di negeri Selangor. Sebab itu kita kena fikir banyak aspek kerana kalau kita nak keluarkan, kena cari ganti yang lebih berkualiti daripada yang sedia ada, itu adalah polisi kita.
"Jadi untuk membuat pembangunan di negeri Selangor, kita akan pastikan jumlah keluasan hutan dikekalkan atau lebih daripada 32 peratus," katanya.
Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927 dan terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, Selangor mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun 2020.
Notis itu, yang bertujuan mendapatkan pandangan umum berikutan cadangan pemansuhan pewartaan hutan tersebut, mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat terutama komuniti Orang Asli yang bergantung hidup dengan sumber hutan sejak ratusan tahun lamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Orang Asli, Kampung Orang Asli Busut Baru, Samsul Anak Senin (depan) meninjau Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Hutan Simpan Kuala Langat terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran hutan tersebut masih dalam siasatan.
Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.