awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan Perdana Menteri perlu dipertimbangkan - Ahli Parlimen Bangi

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
13/08/2021
12:13 MYT
Cadangan Perdana Menteri perlu dipertimbangkan - Ahli Parlimen Bangi
Menerusi ciapan di Twitternya, Ong Kian Ming mencadangkan supaya semua parti politik duduk berbincang mengenai usul yang dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketika saranan Perdana Menteri mendapat tentangan majoriti Ahli Parlimen pembangkang, Ahli Parlimen Bangi pula melihat cadangan itu perlu dipertimbangkan.
Menerusi ciapan di Twitternya, Ong Kian Ming mencadangkan supaya semua parti politik duduk berbincang mengenai usul yang dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan cara menuju reformasi institusi yang dapat meninggalkan kesan berkekalan terhadap politik Malaysia jika ia diluluskan.
"Saya berpendapat bahawa semua parti politik harus duduk untuk berbincang sama ada usul ini boleh diterima atau tidak, bukan?" soalnya.
BACA: Kerjasama rentas parti untuk kestabilan sebelum PRU15
Muhyiddin dalam perutusan khasnya pada petang Jumaat memaklumkan akan berunding dengan kepimpinan parti pembangkang untuk membolehkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat diluluskan.
Katanya, muafakat itu dianjurkan bagi membolehkan kerajaan sedia ada terus berfungsi mengurus pandemik COVID-19 hingga ke satu masa yang sesuai.
BACA: Bila jangkaan PRU15? Ini bayangan PM...
Beliau juga memaklumkan, sedia mendengar pandangan pemimpin-pemimpin parti pembangkang berhubung cadangan yang beliau kemukakan.
Sekiranya cadangan kerjasama bipartisan dipersetujui, beliau akan memanggil sidang khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.
PM @MuhyiddinYassin has proposed a way fwd with a number of institutional reforms that could leave a lasting impact on Msian politics if passed. I think that all political parties should sit down to discuss if these terms are acceptable or not, no?
— Ong Kian Ming (@imokman) August 13, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#Parlimen
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Ahli Parlimen Bangi
#Ong Kian Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan