awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan perluas Menu Rahmah ke Parlimen wajar - Fahmi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/02/2023
04:56 MYT
Cadangan perluas Menu Rahmah ke Parlimen wajar - Fahmi
Fahmi berkata, beliau menerima cadangan tersebut dan melihat ia sebagai wajar kerana Parlimen juga menerima kunjungan orang awam.
KUALA LUMPUR: Menu Rahmah yang menawarkan hidangan lengkap dengan harga serendah RM5 dijangka diperluaskan ke Parlimen.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau menerima cadangan tersebut dan melihat ia sebagai wajar kerana Parlimen juga menerima kunjungan orang awam.
"Saya lihat ada keperluan dan saya ingat lagi sewaktu kami di blok pembangkang, memang kita lihat rakyat datang di Parlimen tetapi kalau harga (makanan) tidak mesra rakyat, maka ia memberi satu kesan.
"Kita akan teliti apa yang kita boleh lakukan untuk sebab luaskan Menu Rahmah ke Parlimen.
"Ini bukan bidang kuasa saya tetapi saya lihat ada kewajaran kerana sering kali kalau orang ramai datang, mungkin harga itu perlu lebih rahmah," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.
Pada awal Januari lalu, KPDN melancarkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makan tengah hari atau makan malam berharga RM5 sepinggan di 15,000 premis menjual makanan yang menyertainya di seluruh negara.
Menu itu terdiri daripada hidangan seimbang yang merangkumi nasi putih, satu pilihan protein sama ada ayam atau ikan, dan sayur yang ditawarkan kepada mereka yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#kos sara hidup
#Fahmi Fadzil
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan