awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pilihan raya pemilihan pengawas sekolah menengah disambut baik

Bernama
Bernama
23/10/2023
20:45 MYT
Cadangan pilihan raya pemilihan pengawas sekolah menengah disambut baik
Cadangan memperkenalkan proses pemilihan dalaman bagi pelantikan pengawas di peringkat sekolah menengah merupakan langkah positif yang boleh meningkatkan kesedaran mengenai amalan demokrasi, menurut seorang ahli akademik. - Gambar hiasan/BERNAMA
LABUAN: Cadangan memperkenalkan proses pemilihan dalaman bagi pelantikan pengawas di peringkat sekolah menengah merupakan langkah positif yang boleh meningkatkan kesedaran mengenai amalan demokrasi, menurut seorang ahli akademik.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Romzi Ationg berkata, inisiatif itu tepat pada masanya dan boleh dimanfaatkan dalam mempersiapkan pelajar sekolah menengah untuk menyertai pilihan raya umum.
Beliau berkata, pemilihan pengawas sekolah akan membolehkan pelajar memahami proses pengundian dan kerja sistem demokrasi di negara ini.
"Inisiatif ini dianggap tepat pada masanya dan penting untuk membentuk kesedaran politik pelajar muda," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota meminta penjelasan di Dewan Rakyat sama ada Kementerian Pendidikan menyokong cadangan mengadakan pilihan raya dalaman untuk pemilihan pengawas sekolah.
Dalam jawapannya, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menyifatkan cadangan itu sebagai langkah penting ke arah meningkatkan literasi pendidikan politik, sejajar dengan pelaksanaan Undi 18.
"Cadangan berkaitan pemilihan pengawas itu amat baik, kami sedia untuk kaji cadangan itu dan saya mengucapkan terima kasih (atas cadangan itu)," kata Lim.
Romzi berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membiasakan pelajar dengan prinsip demokrasi dan prosedur pengundian sejak kecil.
"Memastikan kelancaran dan keberkesanan proses pilihan raya memerlukan kerjasama rapat daripada kedua-dua pihak dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Selain itu kehadiran pemerhati politik penting bagi menegakkan ketelusan dan keadilan dalam prosiding pilihan raya," katanya.
Romzi berkata, langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk memupuk rakyat bermaklumat yang aktif mengambil bahagian dalam proses demokrasi bermula dari tahun pembentukan mereka di sekolah menengah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan pengawas sekolah
#pelantikan pengawas
#pilihan raya
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan