awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan Reformasi Sistem Pilihan Raya untuk keadilan dalam pertandingan

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2020
08:51 MYT
Cadangan Reformasi Sistem Pilihan Raya untuk keadilan dalam pertandingan
Reformasi Sistem Pilihan Raya dicadangkan supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding secara adil, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
Reformasi Sistem Pilihan Raya dicadangkan supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding secara adil.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, parti politik tidak seharusnya memikirkan sama ada sistem baharu akan memberi mereka kemenangan atau tidak dalam pilihan raya akan datang.
"Mereka (parti politik) bercakap dari segi kemungkinan mereka untuk memenangi pilihan raya melalui sistem ini. Jika begitu, ia adalah sukar.
"Apa yang kita ingin capai adalah keadilan untuk semua. Jadi, tiada sesiapa yang akan mempunyai kelebihan daripada apa yang ada atau tiada dalam kerangka undang-undang bagi memenangi pilihan raya," kata beliau ketika sesi temubual Consider This di Astro Awani pada Khamis malam.
Selain itu, beliau turut berpesan kepada rakyat bahawa reformasi sistem pilihan raya dibuat bakal memberi manfaat kepada semua di Malaysia.
Oleh itu, katanya, cadangan reformasi serta proses pilihan raya patut difahami setiap rakyat supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab demokrasi mereka.
Sebelum ini, Abdul Rashid dilaporkan berkata, jawatankuasa itu mengusulkan kepada kerajaan untuk menggantikan sistem pilihan raya sedia ada kepada sistem perwakilan berkadar (Proportional Representation).
Ketika ini, Malaysia menggunakan sistem pemenang kerusi terbanyak atau first-past-the-post.
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Abdul Rahman
#ERC
#Parlimen
#pilihan raya
#politik
#PRU
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan