awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tangguh pembayaran LPPSA akan dibawa ke kabinet - Menteri

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2020
10:30 MYT
Cadangan tangguh pembayaran LPPSA akan dibawa ke kabinet - Menteri
Cadangan menangguhkan sementara bayaran balik Pinjaman Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan dibawa dalam mesyuarat kabinet. Foto BERNAMA
Cadangan menangguhkan sementara bayaran balik Pinjaman Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan dibawa dalam mesyuarat kabinet.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebarang keputusan akan diumumkan selepas itu.
“Kita akan bincang dan tunggulah. Kita akan bawa cadangan itu dalam mesyuarat kabinet akan datang. Kita juga terima banyak lagi cadangan dan tunggu keputusannya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan penutup muka dan ventilator daripada China Construction Bank (Malaysia) Berhad dan Beibu Gulf Holding Malaysia.
Beliau diminta mengulas cadangan agar LPPSA menuruti langkah institusi perbankan untuk memberikan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan selama enam bulan kepada peminjam yang juga penjawat awam bagi meringankan beban mereka ketika penularan COVID-19.
Cadangan itu diutarakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berpendapat moratorium itu dapat mengurangkan beban rakyat yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#China
#COVID-19
#koronavirus
#LPPSA
#Malaysia
#Menteri Kewangan
#Pemuda UMNO
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Tengku Zafrul
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan