awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tubuh jawatankuasa khas hadapi cuaca panas dibawa ke kabinet - Wan Junaidi

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/03/2016
15:01 MYT
Cadangan tubuh jawatankuasa khas hadapi cuaca panas dibawa ke kabinet - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Peningkatan suhu ketika ini disebabkan oleh Fenomena El Nino - Foto Bernama
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membentangkan ke kabinet mengenai cadangan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk merangka pelan tindakan khusus bagi menghadapi cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, ini termasuk pelan tindakan melibatkan aktiviti persekolahan serta catuan air di kawasan terbabit.
Katanya, peningkatan suhu ketika ini disebabkan oleh Fenomena El Nino bukan kerana fenomena ekuinoks seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
BACA: Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April - Jabatan Meteorologi
INFOGRAFIK: Gelombang panas: Apa yang perlu dilakukan dan dielak
Beliau turut memberitahu, kemungkinan fenomena gelombang haba mungkin berlaku akibat peningkatan suhu di beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia.
"Apabila suhu itu sampai ke tahap 35 darjah celcius selama dua hari berturut-turut dan dua darjah di atas purata suhu selama 20 tahun, maka ia dianggap sebagai situasi gelombang haba yang digunapakai Jabatan Meteorologi.
"Apabila perkara itu berlaku, bermakna berlaku fenomena gelombang haba di lokasi terbabit dan tidak melibatkan secara keseluruhan Semenanjung Malaysia," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bagi Membincangkan Cuaca Panas Yang Melanda Negara di sini hari ini.
Tambahnya, cadangan penubuhan jawatankuasa itu bersifat tetap bagi menangani isu cuaca panas, yang akan diletakkan sama ada di bawah kementerian ini atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Topic Berkaitan
#cuaca panas dan kering
#Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
#MOSTI
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan