KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau terdiri daripada imam atau pelajar di luar negara bagi memantau operasi rumah sembelihan berstatus halal di luar negara sukar dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau yang menyambut baik cadangan itu sekali gus menjelaskan usaha pemantauan oleh pihaknya telah dijalankan berkata ini disebabkan oleh peruntukan undang-undang negara lain yang harus dihormati.
"Ia melibatkan undang-undang, kita tak boleh sembarangan...cadangan itu baik tapi peruntukan undang-undang mengekang kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022 di sini hari ini.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan ketidakpatuhan rumah sembelihan halal di Australia yang mendapat pengiktirafan Akreditasi Dan Pembangunan Halal Australia (AHDAA) tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat ini.
Akhbar itu turut melaporkan AHDAA dikatakan sedang melalui proses untuk mendapatkan kelulusan halal daripada Jakim bagi membenarkan produk daging di bawah seliaannya memasuki pasaran negara.
Berkenaan kempen itu, Idris memaklumkan pihaknya telah mula menjalankan aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan 'hotspot' aktiviti perjudian di sekitar ibu negara sejak dua bulan lepas.
"Kita sudah bermula dua bulan dengan meletakkan van-van penguatkuasaan kita di tempat-tempat hotspot perjudian, itu adalah satu daripada usaha yang kita buat," katanya.
Melalui inisiatif yang sama, beliau menambah pihaknya juga sedang mengumpul data-data dan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyantuni pekerja seks (pelacur) untuk membawa mereka keluar supaya tidak lagi terlibat dengan perbuatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Idris ketika sidang media pada Seminar Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. - Foto BERNAMA

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000
Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'
Katanya, ada pemain yang tidak yakin untuk menyertai JDT selain risau berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.

Cadangan tubuh pasukan pantau status halal rumah sembelihan luar negara sukar dilaksana - Idris
Cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau terdiri daripada imam atau pelajar di luar negara bagi memantau operasi rumah sembelihan berstatus halal di luar negara sukar dilaksanakan.

Tempatkan pasukan pemantau di bazar Ramadan
Tenaga kerja anggota Rela tidak mencukupi untuk mengawal bilangan pengunjung yang ramai.

Polis Kuantan tubuh pasukan pemantau SOP
Penubuhan pasukan itu dibuat susulan Pahang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran aktiviti rentas negeri.

Polis Perak keluar lebih 1,000 kompaun langgar SOP PKP
Antara kesalahan SOP yang paling banyak direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka iaitu sejumlah 244 kompaun.

PKPD Kota Setar: Polis tambah pasukan pemantau, tutup lapan laluan tikus
Tindakan itu bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PKPD selain kepatuhan penduduk di daerah itu terhadap setiap arahan serta SOP ditetapkan.

Ingkar PKP: Polis KL buka 105 kertas siasatan
Seramai 194 individu terdiri daripada 127 warga tempatan dan 67 warga asing berusia dalam lingkungan 16 hingga 86 tahun, telah ditangkap kerana mengingkari PKP.

Kerajaan lulus pasukan pemantau projek bernilai RM500 juta ke atas
Penubuhan pasukan pemantau bagi projek bernilai RM500 juta ke atas sebagai tanda kerajaan serius dalam soal integriti dan tangani rasuah.