Cadangan mengenakan caj bagi kenderaan bukan berdaftar di Pulau Pinang yang masuk ke negeri ini perlu bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang makin kronik .
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee berkata beliau menyedari cadangan yang telah diutarakannya itu menarik perhatian banyak pihak dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
"Saya ingin nyatakan bahawa cadangan levi ke atas kereta luar untuk masuk ke Pulau Pinang adalah salah satu cara untuk membenarkan pemansuhan tol untuk kedua-dua jambatan,"
"Rakyat dan individu luar yang bekerja di negeri ini boleh diberikan pengecualian dengan pelaksanaannya boleh dibuat menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency IDentification).
"Malah, hasil kutipan caj ini boleh digunakan untuk kerja penyelenggaraan kedua-dua jambatan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Ong berkata ini sekaligus dapat merealisasikan hasrat kerajaan Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan tol di jambatan Pulau Pinang selain memenuhi sebahagian manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
"Cadangan ini juga adalah bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam selepas Pulau Pinang kini dilapor menerima kemasukan lebih 1 juta kenderaan," katanya.
Katanya cadangan tersebut dilihat lebih praktikal berbanding rancangan pembinaan lebih banyak lebuh raya yang akan menyebabkan kesesakan trafik lebih teruk dalam jangka panjang.
"Pembinaan lebuh raya tidak akan menyelesaikan masalah trafik dan bayangkan apa akan berlaku sekiranya Pulau Pinang menerima kemasukan 2 juta kenderaan nanti.
"Keluasan pulau ini tidak besar mana pun dan pembinaan lebih banyak lebuh raya hanya akan menyebabkan kesesakan lebih teruk dalam jangka panjang,".
Beliau berkata pengenaan caj tersebut telah pun diguna pakai di beberapa negara luar seperti di Singapura dan China.
Bernama
Thu Nov 15 2018
Jason Ong Khan Lee berkata beliau menyedari cadangan yang telah diutarakannya itu menarik perhatian banyak pihak dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. -Astro AWANI
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.