Kerajaan negeri Selangor masih dalam peringkat kajian untuk mengenakan caj pendaftaran jeti kepada pihak pengurusan jeti dalam tempoh setahun di negeri itu.
Exco infrastruktur, kemudahan awam dan industri asas tani negeri, Mohd Zaidy Abdul Talib menegaskan kajian mengenainya sedang diteliti kerajaan negeri melalui agensinya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Kajian tersebut meliputi kesemua 1,350 jeti di Selangor.
"Mereka yang melakukan bantahan pada Khamis berhak berbuat demikian sebagai rakyat di negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
"Namun ingin saya tegaskan bahawa caj RM600 tersebut belum diputuskan pelaksanaannya kerana ia masih di peringkat kajian bersama LUAS, ujarnya dalam temubual bersama wartawan Astro AWANI, semalam.
Jelas Zaidy, inisiatif itu dibuat susulan kejadian jeti runtuh di Tanjung Sepat di Sepang yang mengakibatkan kerugian kepada nelayan.
"Lantaran kejadian itu kita melihat terdapat keperluan oleh kerajaan negeri untuk menyelenggara 1,350 buah jeti di negeri ini terutama jeti-jeti yang telah uzur dan digunakan nelayan,” katanya.
Dari jumlah tersebut Zaidy yang juga Adun Templer berkata terdapat pecahan-pecahan dilakukan LUAS iaitu jeti lama, jeti yang dibina pihak swasta dan jeti yang dibina Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
"Kita tidak menolak usaha penambahbaikan yang dilakukan LKIM namun tidak semua jeti diselenggara agensi tersebut.
"Itu sebab saya mengeluarkan kenyataan untuk mengetahui inventori pengurusan jeti oleh LKIM untuk kita lihat dimana keperluan yang boleh ditambah baik."ujarnya.
Dalam sidang media PAS bersempena Pilihan Raya Kecil Sungai Besar baru-baru ini, Zaidy telah mengeluarkan kenyataan tersebut dan kenyataan tersebut telah diajukan kepada pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim pada hari yang sama.
Tambah Zaidy, nelayan khususnya persatuan nelayan Selangor tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut kerana caj tambatan itu tidak lebih adalah untuk menyeragamkan penyelenggaran jeti termasuk jeti komersial di negeri itu.
"Di peringkat kerajaan negeri kita telah menyusun atur perancangan rapi penambahbaikan jeti-jeti terbabit.
"Antara yang akan dilaksanakan adalah menambahbaik struktur jeti bagi memudahkan nelayan mengedar dan menambat bot mereka dan sekali lagi saya tegaskan ianya masih di peringkat kajian dan tiada lagi
keputusan yang dibuat kerajaan negeri mahupun melalui LUAS,” katanya.
Tegas beliau, sebarang keputusan kerajaan negeri pasti akan mengambil kira beban yang akan ditanggung nelayan.
Dalam perkembangan lain, Zaidy turut mengulas tentang kempen parti Amanah yang menggembar gemburkan agar calon PAS Dr Abdul Rani Osman menyertai Amanah, Zaidy berkata ia merupakan strategi kempen murahan parti serpihan itu.
"Mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mereka dan mereka yang saya maksudkan iaitu
Amanah dan DAP secara hakikatnya tidak mendapat sokongan seperti yang diraih PAS dari pengundi Melayu dan Islam.
"Sokongan akar umbi yang kita perolehi tidak terjejas sama sekali kerana ia telah terbukti sebelum ini pada pilihan raya umum lalu di negeri ini."
Tambah Zaidy, jentera PAS sebelum ini berjaya memenangkan salah sebuah parti pakatan rakyat sebelum ini di negeri itu dan kejayaan sama untuk PAS pasti akan dapat diraih dalam PRK Sungai Besar pada Sabtu.
"Kita yakin dengan perjuangan kita dan kita akan sentiasa istiqamah berbanding parti lawan yang ahlinya terdiri dari mereka yang kecewa."ujarnya.
Amanah dalam risalah yang diedarkan pada malam Khamis cuba meyakinkan pengundi agar tidak mengundi pas kerana parti itu dilabel sebagai parti yang akan kalah.
Ditanya bagaimana dengan sokongan negarawan Tun Dr Mahathir kepada Amanah ini jawapan beliau.
"Seperti yang saya katakan tadi, mereka yang berada dalam amanah dan yang menyokong amanah adalah terdiri dari mereka yang kecewa."ujarnya
Mengakhiri perbualan, Zaidy berkata gerak kerja pentadbiran kerajaan negeri masih dalam pakatan rakyat dan tidak terjejas dengan pakatan baru iaitu pakatan harapan.
Jelasnya segala perancangan yang berada di bawah porfolionya masih diterima pakai dan terlaksana dan tidak mustahil ia akan lebih memberi impak lebih besar jika kemenangan memihak PAS pada Sabtu.
"Saya menghadiri sidang Exco (pada Khamis) dan barisan Exco lain terdiri dari DAP yang kita telah memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama tetapi kesepakatan dalam urus tadbir negeri berjalan seperti biasa,” tambahnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Jun 17 2016
MOHD ZAIDY: Kajian tersebut meliputi kesemua 1,350 jeti di Selangor - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Caj pendaftaran jeti masih di peringkat kajian
Kerajaan negeri Selangor masih dalam peringkat kajian untuk mengenakan caj pendaftaran jeti kepada pihak pengurusan dalam tempoh setahun.